View: 12869|Reply: 57
|
[Jenayah]
Mcm dlm filem Catch Me If You Can,lelaki ini 4 tahun nyamar jadi doktor.Sblm tu
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 17-9-2020 03:14 PM
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki di India yang 'kantoi' menipu sebagai doktor.
Apa yang mengejutkan Veeragandham Teja, 23, sudah bekerja di 16 hospital, mengendalikan beberapa kem perubatan dan menjadi sukarelawan dengan Polis Bangalore bagi membantu pekerja migran terjejas akibat Covid-19.
Oddity Central melaporkan, Teja bekerja sebagai doktor selama empat tahun sebelum rahsianya terbongkar selepas isterinya membuat laporan polis.
Bagaimanapun, laporan itu hanya mendakwa lelaki terbabit melakukan penipuan apabila menyembunyikan perkahwinan pertamanya.
Selain itu, wanita berkenaan mendakwa Teja melakukan gangguan fizikal dan mental terhadapnya.
Polis kemudian melakukan siasatan lanjut sebelum satu-persatu penipuan yang pernah dilakukan Teja terbongkar.
Hasil pemeriksaan, lelaki itu memiliki sijil akademik palsu dan mencipta pelbagai identiti serta melakukan pelbagai penipuan dengan menyamar sebagai pegawai polis, doktor dan pernah mengaku sebagai saudara terdekat kepada Ketua Menteri Andhra Pradesh.
"Dia sangat bijak. Bertindak licik apabila menemui seseorang yang dia suka dan tidak disukai.
"Walaupun pernah ditahan di Bangalore kerana menipu dan menyamar sebagai pegawai polis, dia tetap berjaya melindungi identitinya sebagai doktor," kata seorang pegawai kanan polis dari Rachakonda.
Ketika memulakan kerjaya doktor, Teja ditahan oleh polis kerana menyamar sebagai pegawai polis dan menggunakan kenderaan rasmi sebagai anak pegawai kanan polis, namun dia terlepas daripada kes berkenaan.
Sejak itu, lelaki itu meneruskan kerjayanya sebagai doktor di beberapa hospital pakar terkemuka.
Dengan asas kemahiran perubatan yang dipelajarinya ketika menjalani latihan praktikal, tiada siapa mengesyaki penipuan dilakukannya.
Hakikatnya, lelaki itu sebenarnya tidak menamatkan persekolahan dan sekadar belajar sehingga kelas lima.
Dia kemudian melarikan diri dari rumah pada 2005 dan menjelajah bandar besar seperti Tirupati, Howrah dan Lucknow dengan menjual minuman dan snek dalam kereta api sebelum menemui seorang individu, Dr YS Purushottam Reddy yang menawarkan kerja kepadanya.
Dr Reddy kemudian menawarkan tempat tinggal dan bantuan kewangan kepada Teja, membantunya mendapatkan lesen memandu dan kad pengenalan pemilih atas alamatnya serta beberapa dokumen penting lain.
Teja kemudian menggunakan nama keluarga Dr Reddy, YS sebelum memperoleh sijil palsu kelas 10 dan 12 dan membeli sijil Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) dengan bantuan syarikat konsultan pendidikan di New Delhi.
Ketika ini, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.
https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/621261/amp
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak kena tangkap tentu menyamar jadi pilot, loyar pulak lepas ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Dan seterusnya sebagai akauntan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Wah hebat!
Fake it till you make it
Confidence level tahap tertinggi ni
Aku kalau nak menipu pun tergagap2 mmg xleh |
|
|
|
|
|
|
|
Habis tu gaji dia sape byr? Ke doktor suka rela? |
|
|
|
|
|
|
|
insulin replied at 17-9-2020 08:44 AM
Dan seterusnya sebagai akauntan.
Meneruskan karier sebagai ahli politik |
|
|
|
|
|
|
|
Klu dtg msia.....relax je kau nk jadi doktor ke...loyer ke...akauntan ke.....
Guna title Dr pun blh.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Eleh.. baru macam tu..tak hebat mana..kami di Meleysia lagi hebat. jadi menteri dengan sijil palsu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Apek ah guan pun apa kurangnya.tapi lagi awal kantoi. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang datang berubat semua baik kan? So takde lah susah mana nak jadi doktor ni. Propa je lebih |
|
|
|
|
|
|
|
Ok.. Aku seram.. Habis tu mcm mana pesakit2 yg dia rawat selama 4 tahun ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
baru semalam ulang tengok movie ni. i.plg ngeri bila fikir dia jadi pilot.mujur tk crash |
|
|
|
|
|
|
|
Hebat..habis semua dia sapu |
|
|
|
|
|
|
|
camnolahh dia cover kes2 kat hosp..ada yg mati paaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau mati cakap je.."kami dh cuba yg terbaik puan,tapi.."sambil berlalu pergi(mcm drama melayu tu)..
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 17-9-2020 08:58 AM
Meneruskan karier sebagai ahli politik
Tu la jadi la ahli politik ..
Xperlu sijil pon kan..
Sbb org tak pandai selalu je jadi alhi politik |
|
|
|
|
|
|
|
Mengalahkan karaktor dalam pilem Parasite dah ni |
|
|
|
|
|
|
|
Nape muka mcm yg bangla hina msia aljazeera tu |
|
|
|
|
|
|
|
Macam Dalam Filem! 4 Tahun Menyamar Jadi Doktor, Langsung Tak Ada Orang Syak
Seorang lelaki di India menjadi seorang doktor selama empat tahun sebelum penipuannya terbongkar.
Memang mengejutkan sekali kerana Veeragandham Teja, 23 sebelum itu sudah bekerja di 16 buah hospital, mengendalikan kem perubatan dan menjadi sukarelawan dengan Polis Bangalore bagi membantu pekerja migran terjejas akibat Covid-19.
Oddity Central melaporkan, rahsianya didedahkan oleh isterinya sendiri.
Semuanya bermula apabila isterinya mendakwa lelaki berkenaan menyembunyikan perkahwinan pertamanya selaian mendakwa Teja melakukan gangguan fizikal dan mental terhadapnya.
Pihak polis kemudiannya membuat siasatan sebelum satu persatau penipuan Teja terbongkar.
Difahamkan, lelaki berkenaan memiliki sijil akademik palsu dan mencipta pelbagai identiti serta melakukan pelbagai penipuan dengan menyamar sebagai pegawai polis, doktor dan pernah mengaku sebagai saudara terdekat kepada Ketua Menteri Andhra Pradesh.
Pegawai kanan polis dari Rachakonda berkata, "Dia sangat bijak. Bertindak licik apabila menemui seseorang yang dia suka dan tidak disukai.
"Walaupun pernah ditahan di Bangalore kerana menipu dan menyamar sebagai pegawai polis, dia tetap berjaya melindungi identitinya sebagai doktor."
Foto: Oddity Central
Asas kemahiran perubatan yang dipelajari ketika menjalani latihan praktikal membuatkan tiada siapa mengesyakinya.
Teja sebenarnya tidak pernah menamatkan persekolahan dan hanya belajar sihingga kelas lima.
Sumber menyatakan, pada 2005 dia lari dari rumah dan menjelajah bandar-bandar besar dengan menjual minuman dan snek.
Dia kemudiannya menemui Dr Reddy yang menawarkan pekerjaan kepadanya, memberi tempat tinggal dan bantuan kewangan.
Teja kemudian menggunakan nama keluarga Dr Reddy, YS untuk memperoleh ijil palsu kelas 10 dan 12 dan membeli sijil Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) dengan bantuan syarikat konsultan pendidikan di New Delhi. -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|