Di Malaysia gah dengan Menara Kuala Lumpur dengan ketinggian 421 meter yang siap dibina pada tahun 1996. Rekabentuknya sangat unik dan mempunyai restoran yang berpusing 360 darjah menjadikan Restoran Atmosphere 360 sebagai restoran tertinggi di Asia Tenggara. Ya, sudah pasti Menara Kuala Lumpur merupakan mercu tanda Malaysia selain Menara Berkembar KLCC.
Disebalik "perlumbaan" antara negara dalam membina mercu tanda dengan rekabentuk yang unik serta futuristik, London sekali lagi tidak ingin melepaskan peluang membina sebuah lagi menara setinggi 305 meter yang akan menjadi bangunan kedua tertinggi di London selepas The Shard.
Ia akan mempunyai tingkat atas yang diperbuat daripada kaca bagi memberikan pandang 360 darjah kepada pengunjung. Tarikan utamanya ialah tiga sistem gondola kaca berputar yang pastinya tidak direka untuk insan yang gayat.
Ia mensasarkan memulakan pembinaan pada tahun 2020 dan siap pada tahun 2025. Satu masalah yang dihadapi sekarang ia dikatakan terlalu tinggi dan menghalang sistem radar yang digunakan pada lapangan terbang di sekitar London.
Menara ini dinamakan menara The Tulip kerana ianya seakan bunga tulip yang direka khas oleh firma Foster + Partners. - CARI
|