Kejam! Kanak-kanak bukan saja dibelasah datuk dan bapa tirinya, malah dia diperkosa kedua-dua lelaki bertopengkan syaitan itu.
Daily Star melaporkan, suspek ditahan selepas doktor di sebuah hospital mengesyaki mangsa diperkosa dan dipukul sebelum dibawa untuk menerima rawatan.
Bagaimanapun, Michelle Aylin, 3, disahkan sudah meninggal dunia apabila dibawa bapa tirinya ke hospital di Tepic, Mexico.
Kredit foto: Daily Star/Newsflash
Bapa tiri mangsa, Cesar Raul, 31, ditahan di hospital manakala datuknya yang memiliki rekod jenayah membabitkan serangan seksual terhadap keluarganya ditahan di rumahnya.
Akhbar Sin Embargo melaporkan, doktor mengesahkan mangsa tiba di unit kecemasan dengan kesan lebam di kedua-dua buku lali, lutut kiri dan kesan dipukul di pipi kanannya. Hasil pemeriksaan juga menunjukkan mangsa mengalami penderaan seksual.
Ibu mangsa yang bekerja sebagai juruwang di sebuah pusat membeli-belah dimaklumkan mengenai kematian anak perempuannya oleh polis sebelum keterangannya diambil. - CARI |