"Maafkan mama ya."
Itu antara isi surat seorang ibu yang meninggalkan anaknya di tepi jalan.
Gambar hiasan
Menerusi surat yang dikongsikan di Kompas.com, wanita itu mendakwa melakukannya kerana tidak tahan dengan perangai anaknya yang nakal.
Kejadian berlaku di Pelalawan, Riau itu tular selepas foto kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun bersama sekeping nota disebarkan akaun Twitter @cursedwibu pada 27 September lalu.
"Nak, maafkan mama ya.
"Terpaksa saya tinggalkan kamu di jalan kerana tidak sanggup melihat kamu menderita atau terseksa kerana kenakalanmu, setiap hari kamu bikin masalah.
"Maafkan mama nak.
Jaga dirimu baik-baik, ya," tulisnya.
Kredit foto: Kompas.com
Berikutan itu, polis memanggil ibu bapa kanak-kanak terbabit untuk diambil keterangan. Dakwa mereka, kanak-kanak itu dibuang kerana nakal dan sering mencuri. - CARI |