Gara-gara mengkritik situasi politik tanah air, penyanyi Nourul Wahab Depp pula dihentam netizen kerana tersalah fakta.
Ciapannya yang meminta pihak kerajaan menghentikan pembinaan kondominium dan apartment dengan menggunakan istilah kabinet dan menteri adalah salah kerana ianya adalah istilah yang digunakan di Sabah dan Sarawak, manakala negeri lain yang menggunakan nama Exco.
Rentetan itu, Nourul meminta maaf tetapi ada juga netizen yang tidak berhenti-henti menghentamnya.
Foto : Twitter
Menurut Nourul lagi, dia mengakui kesalahannya yang tidak mengenali menteri dan tugasan mereka, namun kritikan yang dilontarkan netizen sangat tidak berasas. Ianya membawa kepada kritikan berterusan. Oleh sebab itu, Nourul tidak teragak-agak untuk membawa ke pihak pengadilan.
Foto : Twitter
Selain itu, Nourul turut menyertakan tangkap layar mesej yang membawa maksud sama tetapi pendekatan berbeza. Seorang yang menggelarkannya bodoh manakala seorang lagi yang mengucapkan baik-baik kepadanya.
Foto : Twitter
Nourul sendiri menyatakan yang dia tidak akan menulis lagi mengenai menteri, bimbang tersalah fakta. Macam-macam, tetapi itu realitinya dengan media sosial, semuanya dihujung jari. - CARI
|