Kredit foto: IG
Gambar yang dimuat naik Zarina Anjoulie baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi.
Gambar yang menunjukkan keadaan bibirnya yang baru melakukan pembedahan di sebuah klinik pembedahan kecantikan itu menjadi bualan hangat netizen.
Menerusi Instagram, pelakon ini memaklumkan yang dia sedang melakukan 'sesuatu' pada bibirnya dan akan berkongsi lebih lanjut mengenainya nanti.
Fixing my lips at @my_gorgeous_clinic , nanti Anju buat video ok,” tulisnya ringkas.
Dapat dilihat ada kesan garisan darah di bibir bahagian atas.
Netizen mula mempertikaikan tindakannya itu yang dianggap sebagai mengubah kejadian Tuhan.
Namun ramai juga yang positif dan mengatakan mungkin Anju ada masalah dengan bibirnya sehingga terpaksa melakukan pembedahan.
Bagaimanapun ruangan komennya ditutup tak lama selepas itu.
Tunggu sahajalh penjelasan Anju nanti ya. -CARI
|