Seorang bapa tergamak merogol bayi kandungnya sendiri.
Laporan Penn Live menyatakan, lebih sadis apabila pemeriksaan yang dilakukan pada telefon bimbitnya mendapati tertuduh, Austin Stevens telah melakukan carian di Google berkenaan “Jika bayi berhenti bernafas,” “Bayi saya tidak bernafas,” dan “Bagaimana untuk mengetahui sama ada bayi itu sudah mati?” sebelum dia menelefon polis.
Austin Stevens, Kredit foto: ABC6
Mangsa, Zara yang merupakan bayi berusia 10 bulan mati di rumahnya sendiri.
Difahamkan bayi berkenaan tidak memberikan sebarang tindak balas apbila paramedik tiba di tempat kejadian dan menghembuskan nafas terkahirnya di hospital.
Zara, Kredit foto: Facebook
Montgomery County DA Kevin R. Steele berkata, "Kes ini adalah sesuatu yang membimbangkan. Tak dapat dibayangkan trauma, merogol anak, diikuti dengan tindakan bapanya yang langsung tidak mencuba untuk meyelamatkan mangsa."
Stevens kini berdepan dengan tuduhan serang seksual yang kejam. -CARI
|