Seorang ibu yang terlalu khayal dengan dadah tak sedar telah meninggalkan bayinya, McKinley Garner di dalam kereta.
Kejadian yang berlaku di Florida, Amerika Syarikat (AS) itu mengakibatkan bayi berusia dua bualan itu maut kerana terlalu lama ditinggalkan tanpa pengawasan dalam suhu mencecah 32 darjah Celsius.
Akhbar tempat melaporkan, seorang saksi melihat ibu tersebut, Megan Dauphin, 30, melakukan 'sesuatu' dia tas katil sebelum bertanya di mana bayi perempuannya.
Foto: Bay County Sheriff's Office
Baru tersedar, Megan baru teringat bayinya masih di dalam kereta di luar rumah dan segera pergi mendapatkannya.
Namun mangsa meninggal dunia walaupun selepas diberikan bantuan pernafaasan oleh pasukan paramedik. -CARI |