Disebabkan mahu melupakan tragedi kegugurannya, Halie Tennant mengambil keputusan untuk pergi berkhemah bersama rakan-rakannya.
Namun, malang menimpa apabila dia terlibat dalam kebakaran hingga wajahnya teruk melecur.
Foto : Daily Star
Menurut Daily Star, ketika itu Halie, 29 yang sedang tidur di atas kerusi, terjatuh dan dipercayai dia bergolek ke arah api yang sedang marak hingga ianya membakar sebahagian wajahnya.
Foto : Daily Star
Rakannya terus memadamkan api, kemudian menuamkan air batu di wajah Halie lalu menghantar ke rumah suaminya, Mathew yang jaraknya dua kilometer dari tempat kejadian.
Kejadian yang berlaku di Melbourne, Australia pada 30 Mei baru-baru ini mengubah kehidupan Halie dan suaminya.
Foto : Daily Star
Setelah sedar dari koma selama lapan hari, Halie berasa dirinya tidak berguna lagi lalu mengizinkan suaminya untuk meninggalkan dirinya.
"Muka saya rosak dan penuh dengan parut. Identiti sudah tiada. Awak pun tidak mengenali diri saya lagi. Jadi, sila tinggalkan saya dan mulakan kehidupan baru."
Foto : Daily Star
Bagaimanapun, Matthew menegaskan yang dia tidak akan berbuat demikian kerana terlalu mencintai isterinya.
Namun, kini Halie semakin tenang dan berfikiran positif mengenai kehidupannya. - CARI
|