Foto : Twitter
Masalah haiwan liar yang dirempuh atau merempuh kenderaan di jalan raya semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.
Menyedihkan apabila haiwan berkenaan sebenarnya diwartakan sebagai hidupan terancam menyebabkan spesies itu berdepan kemungkinan kepupusan.
Ianya mendapat perhatian penyanyi antarabangsa, Yuna Zarai yang mengecam segelintir pemandu Malaysia yang memandu terlalu lajuwalaupun di jalan sempit.
Foto : Twitter
Terbaharu, seekor tapir dewasa cedera parah apabila dilanggar kereta. Namun, haiwan itu sempat melarikan diri ke hutan berhampiran dalam keadaan cedera.
Ianya menyentap hati ramai warganet yang merasakan manusia dan haiwan tidak layak tinggal bersama-sama kerana tiadanya perikemanusiaan dalam zaman moden ini.
Foto : Twitter
Foto : Twitter
Malah, dengan pelbagai kemalangan yang berlaku sesama manusia juga menjelaskan bahawa nyawa haiwan itu sebenarnya 'murah'.
Foto : Twitter
Foto : Amazing Places
Walaupun sudah diletakkan papan tanda berhati-hati pun, pemandu di Malaysia masih menekan pedal minyak, bagaimana pula untuk berkongsi kehidupan bersama dengan spesies terancam ini? - CARI
|