CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 783|Reply: 0

Bau Hangus Cili Goreng Bawa Penemuan Mayat Isteri

[Copy link]
Post time 13-10-2020 06:11 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki warga emas menyedari kematian isterinya selepas terhidu bau hangus.


Memetik TribunNews, mayat Suparti, 65, ditemui Mulyadi, 74, selepas memeriksa masakan yang hangus digoreng mangsa.




Gambar hiasan



Difahamkan, Mulyadi kemudian terkejut apabila menemui mayat isterinya di kandang lembu di belakang rumahnya di Bruboh di Sutojayan.


Berdasarkan laporan diterima polis, ketika kejadian warga emas itu sedang membaiki basikal jirannya apabila terhidu bau masakan hangus.


Dia yang hairan bergegas memeriksa dapur sebelum mendapati cili dan bawang digoreng mangsa sudah hangus, lalu mematikan api.


Dia kemudian keluar dari dapur untuk mencari isterinya sebelum menemui tubuh mangsa yang tertiarap di tumpukan jerami.


Punca kematian mangsa tidak diketahui, namun polis tidak menolak kemungkinan mangsa terkena serangan jantung. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.052328 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list