CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 769|Reply: 0

[SABAH] Pacuan empat roda remuk langgar lori cuai masuk simpang

[Copy link]
Post time 13-10-2020 06:27 PM | Show all posts |Read mode
TAWAU: Sebuah kenderaan pacuan empat roda remuk selepas terlibat dalam kemalangan di KM 22 Jalan Apas, di sini.

Dalam kejadian jam 3.45 petang itu, kenderaan mangsa, 40, telah melanggar belakang sebuah lori yang cuai ketika mahu memasuki simpang.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, kemalangan berlaku semasa pemandu lori,61, yang membawa muatan baja daripada Kota Kinabalu mahu memasuki simpang sebelah kiri di lokasi tersebut.

"Bagaimanapun, belakang lori berkenaan memasuki lorong sebelah kanan menyebabkan mangsa yang ketika itu berada di laluan tersebut tidak sempat mengelak ekoran jarak terlalu dekat dan melanggar bucu besi belakang sebelah kanan lori terbabit.

"Impak kemalangan itu, pacuan empat roda itu mengalami kerosakan remuk di bahagian depan sebelah kiri termasuk injin, bumper, bonet, cermin depan dan bumbung,"katanya.

Peter berkata, hasil siasatan lanjut pemandu lori terbabit cuai ketika memasuki simpang dengan mengambil sedikit ruang ke tengah jalan untuk masuk simpang sebelah kiri menyebabkan bahagian belakang lori memasuki lorong kanan sehingga berlaku perlanggaran.

"Kedua-dua pemandu berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan Kes disiasat di bawah Kaedah 3(2)(B) LN166/59 kerana cuai memasuki simpang,"katanya.

Hamzah Sanudin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.043083 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list