View: 2036|Reply: 17
|
Bunuh Suami Buta, Berangan Nak Dapat Harta RM2 Juta
[Copy link]
|
|
Semata-mata tamak mahu membolot harta suaminya yang dianggarkan bernilai RM2 juta, seorang wanita tergamak merancang pembunuhan lelaki itu.
Kosmo melaporkan, 1 Oktober lepas, wanita tersebut mengupah adik lelakinya untuk datang ke rumah yang terletak di Jalan Jati, Kampung Sungai Chua bertujuan untuk membunuh.
Namun segalanya terbongkar selepas wanita berusia 45 tahun itu ditahan reman susulan laporan yang dibuatnya, mendakwa mangsa mati akibat disamun individu yang tak dikenali.
Kredit foto: Kosmo
Sumber menyatakan, pada hari kejadian mangsa didatangi lelaki di perkarangan rumah sebelum kepalanya dipukul menggunakan tukul besi selain rantai yang dipakainya telah dilarikan.
Mangsa dimasukkan ke Hospital Kajang namun meninggal pada 10 Oktober lepas.
Sumber menambah, pihaknya mendapati wujud keraguan dalam laporan yang dibuat isteri pertama mangsa.
“Isteri pertama mangsa direman selama tujuh hari dan pada Sabtu lalu baru suspek mengaku telah rancang membunuh suaminya bagi mendapatkan harta.
“Suspek turut mengaku me-ngupah adik lelakinya untuk melakukan pembunuhan tersebut dengan menawarkan upah sebahagian daripada harta milik mangsa."
Suspek akan mendapat aliran tunai milik suaminya berjumlah RM2 juta termasuk RM800,000 daripada insurans ekoran kematian mangsa.
Mangsa yang berusia 59 tahun mengusahakan perniagaan lori dan besi buruk dan merupakan seorang yang cacat penglihatan sejak 20 tahun lalu.
Mangsa juga mempunyai dua orang isteri dan enam orang anak.
“Tukul besi serta rantai leher mangsa ditanam di kedai besi buruk itu.
“Kedua-dua suspek itu masih dalam tahanan reman dan dijang-ka dituduh di mahkamah pada Khamis ini.”-CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bodoh punya kerja, tengok drama banyak sangat |
|
|
|
|
|
|
|
freakazoid replied at 21-10-2020 11:27 AM
bodoh punya kerja, tengok drama banyak sangat
ni mesti pilih citer melayu atau tamil...cba tgk citer omputeh... |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah polis...padan muka...ingat senang ke nak senang
|
|
|
|
|
|
|
|
kes bunuh rebut harta jenayah ekonomi akan kerap berlaku :
> peluang kerja sedikit ( kerajaan xde duit, swasta terpaksa gulung tikar atau kecilkan position sebab covid)
> beban social economy macau scam, bila orang tua muda terjebak macau scam, mlm, skim cepat kaya pieces kek ekonomi akan makin jurang di tambah inflasi dan kos sara hidup
> education tiada nilai- graduate ramai tapi peluang kerja dan gaji sesuai untuk tampung kos sara hidup makin kurang
> last but not least ilmu kewangan. bila kurang tiada ilmu kewangan hutang makin bertambah gaya hidup bertambah tapi saving berkurang
kesimpulannya benda ni dh jadi satu wabak setiap orang kena hadapi, jadi belajarlah untuk keluar dari kepompong bawah ekonomi. naikkan taraf hidup masing2.
hidup jangan kejar level kehidupan orang lain. orang lain pakai kereta mewah tak bermaksud dia senang dapatkan kereta tu. mungkin dia usaha 20 tahun baru berjaya. mungkin dia agent MLM nak rekrut downline. mungkin dia founder nak rekrut stokis agent
kita jgn lihat dengan mata kasar lihat dari angle lain. berlapang dada. dan fokus track kehidupan masing2. |
|
|
|
|
|
|
|
Kemaruk harta sampai sanggup bunuh suami sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
hebatttt...buta2 pon smpai 2 isteri |
|
|
|
|
|
|
|
the power of money....
lagi hebat walaupun cacat penglihatan tapi ada business lori tu....
|
|
|
|
|
|
|
|
bisnes lori tu x pelik sbb laki dia buta br 20tahun...bukan dr azali maksudnya
ke dia kawen dua pon dah lebih 20tahun?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada orang suka buat apa saja asal boleh dapat wang dengan cara mudah tapi dalam kes ni malang sebab dah menyebabkan pembunuhan. |
|
|
|
|
|
|
|
benang da ada..TT lambat bukak |
|
|
|
|
|
|
|
lolen: hebatttt...buta2 pon smpai 2 isteri
Mungkin kawin dua sebelum jadi buta. |
|
|
|
|
|
|
|
bini no 2 jugak yg untung |
|
|
|
|
|
|
|
Isteri pertama? Muslim? Akak ingatkan berita luar negara tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
memang lah polis syak..dah laki tu buta sesaje nak bunuh, penyamun tangkap ikat sudah laaa |
|
|
|
|
|
|
| |
|