View: 1743|Reply: 11
|
[Dunia]
Cikki hendon potong empat jari kerna tak mau bayar hutang
[Copy link]
|
|
Jakarta: Seorang wanita di Medan, Sumatera Utara sanggup menahan kesakitan apabila memotong empat jari tangan kirinya sebelum mereka-reka cerita kononnya dirompak.
Wanita berusia 54 tahun itu terpaksa berbuat demikian kerana terdesak mencari jalan untuk melunaskan hutangnya yang berjumlah lebih 70 juta rupiah (kira-kira RM20,000).
Namun, perbuatan itu ternyata sia-sia apabila dia akhirnya ditahan polis kerana membuat aduan palsu.
Tertuduh, Erdina Br Sihombing kemudian didakwa di Mahkamah Pengadilan Negeri (PN) Medan, baru-baru ini.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa meminjam daripada enam individu membabitkan jumlah lebih 70 juta rupiah.
Ketika kejadian, suspek dikatakan menggunakan parang yang diambil dari rumahnya di Jalan Mamiyai, Medan.
Tertuduh kemudian mengambil pecahan batu dari bekas simen berukuran 10 sentimeter (sm) x 15 sm dan kain sarung yang dibawa dari rumah.
"Dia meletakkan tangan kiri dengan posisi keempat jari berada di atas batu dan dengan sekali hayun, dia memotong keempat-empat jarinya itu," kata pihak pendakwaan.
Menurut pihak pendakwaan, empat jari tangan tertuduh terputus dan mengeluarkan banyak darah.
Wanita itu kemudian membungkus jarinya dengan kain sarung.
"Sementara itu, keempat-empat jari tangan tertuduh dimasukkan ke dalam plastik lalu dibuang ke dalam parit yang terletak kira-kira 100 meter dari situ.
"Kemudian, dia menghubungi beberapa orang lain dan meminta pertolongan untuk dihantar ke Hospital Murni Teguh untuk mendapatkan rawatan.
"Ketika ditanya oleh orang, tertuduh mendakwa menjadi mangsa rompakan," katanya.
Pihak pendakwaan berkata, anak tertuduh, Nico Johan Saputra Manurung membuat laporan polis di Medan.
"Pemeriksaan di lokasi kejadian menemui unsur meragukan sebelum tertuduh akhirnya mengaku dia sengaja mereka-reka cerita.
"Dia juga mengakui kepada polis bahawa terpaksa berbuat demikian dengan harapan si peminjam berasa kasihan dan tidak akan menuntut hutang," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2020 @ 7:58 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hutang kena bayar + jari takde + masuk hospital + kena dakwa.... Leluhurrrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
Ada kes potong tangan sebab nak tuntut insuran,pun kantoi jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerja sia2 jadi malang bertimpa2 |
|
|
|
|
|
|
|
bodonya lahai... kalau x pro x payah nak buat benda gini... dosa sbb menzalimi diri sndiri. tapi bkn islam ke? merepot nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak cara nak elak bayar hutang. Cari ni yang dia buat. Kesian |
|
|
|
|
|
|
|
kesian... moga2 kita semua dijauhkan drp berhutang |
|
|
|
|
|
|
|
ngerriii nye.. mcm mana la dia bole terpk nk potong jari pakai parang?
aku kena pisau sikit pn dh menjerit |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 22-10-2020 12:27 PM
Ada kes potong tangan sebab nak tuntut insuran,pun kantoi jugak.
Pon kena dakwa kan
Padan muka... |
|
|
|
|
|
|
|
Indonesia ni kalau tak silap bil perubatan tanggung sendiri. takde duit. boleh mati.
macam klinik2 yang kat tepi jalan rumah kta tu semua income dia datang daripada mereka ini la
sebab nak buat penguguran kandungan. caj RM 2000.
|
|
|
|
|
|
|
|
dia tak tau forensik boleh check tengok kesan potongan tu macma mana. lurus ke bengkok ke.bergigi ke.
mata pisau kan lurus tajam. kalau potong satu boleh kata terpotong kalau potong 3-4 sekata dan selari
mmg nampak sangat.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|