"Sidang media bukan untuk mempromosikan baju atau pameran rak."
Demikian ciapan Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh yang mencadangkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghentikan sidang akhbar harian Covid-19.
Kredit foto: IG Ismail, Hannah
Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu mendakwa pengumuman dibuat Menteri Kanan (Keselamatan) menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.
"Saya gesa Ismail Sabri hentikan sidang media harian beliau kalau tidak ada pengumuman substantif membantu rakyat.
"Semakin banyak yang diumumkan, semakin keliru orang awam dibuatnya!" tegasnya di Twitter.
Kredit foto: Twitter
Sidang akhbar harian oleh Ismail antara yang dinantikan rakyat. Selepas pakaian uniknya direka menantu, Datuk Jovian Mandagie menjadi tular, sidang media dibuat di rumahnya yang berlatarbelakangkan rak penuh dengan koleksi peribadinya juga menjadi sebutan ramai. - CARI |