Disebabkan tidak mempunyai capaian internet di rumah, seorang budak lelaki sanggup berjalan ke sekolah setiap hari bagi membolehkannya mendapat WiFi untuk menyiapkan kerja sekolah.
Jonathon Endecott, 9 berada di luar sekolah setiap hari kerana itu sahaja caranya untuk belajar menerusi talian.
Foto : Daily Star
Ibunya, Angel Endecott menyifatkan Jonathon sebagai anak yang sangat berdikari dan tidak mahu menyusahkan dirinya. Ini kerana Angel kehilangan kerja akibat perintah berkurung di Mexico sebelum ini. Walaupun kini memulakan kerja kembali namun itu masih tidak mencukup mendapatkan capaian internet.
Menurut CNN seperti yang dilaporkan Daily Star, anaknya sangat gembira apabila boleh ke sekolah untuk menyiapkan tugasannya.
"Dia seronok sangat boleh ke sekolah. Lagi pun dia cuma berada di luar bangunan dan berkata saya rasa seperti belajar betul walaupun tiada kawan atau pun cikgu."
Foto : Daily Star
Menurut Angel lagi, jarak rumahnya ke sekolah tidak jauh, jadi dia dan suaminya berasa selamat walaupun Jonathan berada di sama seharian.
"engetua dan beberapa orang guru ada datang untuk melihat keadaannya jika dia memerlukan sesuatu."
Foto : Daily Star
Seorang dari guru tersebut, Shelby Dutton melancarkan GoFundMe untuk menolong Jonathon mendapatkan capaian internert dari rumah.
Walaupun pada awalnya, mereka mensasarkan hanya USD2,500 iaitu RM10,400 bagi tujuan tersebut namun jumlah sumbangan yang diterima melebihi nilai tersebut iaitu menghampiri RM52,000.
Foto : Daily Star
Bagaimanapun, Angel menjelaskan yang anaknya tetap akan ke sekolah walaupun sudah ada perkhidmatan internet di rumah. Namun pihak sekolah menjelaskan yang perlu ada orang dewasa menemaninya.
Menceritakan kepada CNN, Jonathon seronok berada di sekolah kerana dia merasakan seperti bersama rakan-rakannya. - CARI |