View: 3794|Reply: 29
|
COVID-19. Pendapatan terjejas, penduduk jadikan tikus, ular makanan harian
[Copy link]
|
|
sinarharian.com.my
Makan tikus, ular demi kelangsungan hidup
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
2-3 minutes
Haiwan lain seperti belut, ular dan serangga kecil dijadikan makanan di Myanmar. Gambar kecil: Penduduk yang tiada punca pendapatan terpaksa menjadikan haiwan kecil tikus sebagai makanan di Myanmar. -Agensi
YANGON - Selepas gelombang pandemik koronavirus (Covid-19) melanda Myanmar, Ma Suu, 36, terpaksa menutup kedai ulam-ulaman dan menggadaikan barang kemas untuk membeli makanan.
Semasa gelombang kedua apabila pemerintah mengeluarkan perintah 'duduk dalam rumah' pada September lalu, Ma Suu terpaksa menutup kedai untuk kali kedua dan menjual pakaian, pinggan mangkuk dan periuk demi kelangsungan hidup.
Sekarang tiada apa-apa lagi untuk dijual, suaminya seorang buruh binaan yang tidak mempunyai kerja terpaksa keluar mencari makanan di longkang berhampiran tempat tinggal mereka di pinggir bandar Myanmar.
"Orang ramai makan tikus dan ular. Tanpa wang, bagaimana mereka hendak memberi makan anak-anak," kata Ma Suu sambil mengelap air mata.
Mereka tinggal di Hlaing Thar Yar, sebuah kejiranan paling miskin di Yangon dan penduduk terpaksa menyuluh bawah rumah mencari haiwan-haiwan kecil untuk dijadikan makanan keesokan harinya.
Tikus, ular dan serangga seringkali menjadi lauk-pauk keluarga yang tinggal di kawasan luar bandar, sementara penduduk bandar pula terpaksa mengikat perut semampu boleh.
Dengan lebih 40,000 kes dan 1,000 kematian akibat Covid-19, Myanmar antara negara di Asia Tenggara yang paling terjejas teruk dan penguatkuasaan perintah berkurung menyebabkan ratusan ribu penduduk seperti Ma Suu hidup dalam kesempitan.
Pentadbiran tempatan, Nay Min Tun berkata, kira-kira 40 peratus isi rumah di kawasan Hlaing Thar Yar menerima bantuan.
Myat Min Thu, ahli Parlimen parti pemerintah di kawasan itu berkata, bantuan dari pemerintah dan derma peribadi sudah diedarkan, namun tidak cukup untuk semua orang. - Agensi
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Padahal yangon tu pusat diamonds and jewelries paling besar kot... wow.... dasyatnya living standards kat sana... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiann. Nampaknya nasib di malaysia jauh lebih baik |
|
|
|
|
|
|
|
Mereka mungkin dari golongan pekerja tak ada kerja maka pastinya tak ada gaji. Jenis pekerjaan pertukangan macam tu mana boleh buat kerja dari rumah. Syukurlah di tanahair majikan masih mahu bayar gaji walau dikatakan WFH tapi tak buat kerja apa2 pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Penah tgk satu docu. Income buruh kasar kt Vietnam bersamaan 40 sen je sehari |
|
|
|
|
|
|
|
TomyamPuteh replied at 24-10-2020 09:50 AM
Penah tgk satu docu. Income buruh kasar kt Vietnam bersamaan 40 sen je sehari
40 sen skrg kuih sebiji pun x lps
Kesiannya
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga rakyat sini yang tak tahu bersyukur tu baca tred ini. |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 24-10-2020 09:48 AM
Kesiann. Nampaknya nasib di malaysia jauh lebih baik
Itupun masih ramai tak bersyukur... |
|
|
|
|
|
|
|
kt sabah ramai kerja mcm tu, ada kerja ada gaji
tdi borak dgn tauke udang, dia ckp nelayan xada kerja nk x nk terpaksa keluar gak, xkerja xada duit
yg keje pelancongan memang terus xada gaji, nasib sini bahan mentah murah dan senang dapat
|
|
|
|
|
|
|
|
TomyamPuteh replied at 24-10-2020 09:50 AM
Penah tgk satu docu. Income buruh kasar kt Vietnam bersamaan 40 sen je sehari
Siyes aaa??? Nak makan apa kalau ada anak bini. |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 24-10-2020 09:27 AM
Padahal yangon tu pusat diamonds and jewelries paling besar kot... wow.... dasyatnya living standard ...
Itu semua slavery you.....yang controll business tu junta tentera dan Vip mereka. They slave you kerja cari bahan dalam tanah and they supplies dadah heroin, so slaves semua gaji habis beli dadah jer....siap mati O.D dan mati kena hempab batu. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya lahai...iol mengerti betapa susahnya nak keluar dr kemiskinan ditambah lg covid, yg miskin terus jadi papa kedana mcm iols.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan urusan depa |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 24-10-2020 10:35 AM
40 sen skrg kuih sebiji pun x lps
Mak aih.. patut iols ade kenal doctor dari Myanmar.. jadi mcm org Kaya bile keje kat mesia Tu pun sbb ade kelulusan tinggi ... Bukan biasa2... Kalo xde pape mmg seumur idup le jadi hamba dlm negara sendiri... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau datang Malaysia, puak-puak ni makan kucing dan anjing. . Tiba-tiba nak nangis pula makan binatang lain Kawan aku kata kucing kt kawasan kejiranan dia kalau tk dgr suara tu tahu dah sebab apa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Makan Tikus, Ular Untuk Isi Perut Keluarga
Pandemik Covid-19 yang melanda dunia membuatkan kehidupan semakin sukar diharungi terutama golongan miskin.
Ketika gelombang pertama melanda Myanmar pada Mac lalu, peniaga salad, Ma Suu, 36, terpaksa menuntup gerainya dan menggadaikan barangan perhiasan dan emasnya untuk membeli makanan serta keperluan harian.
Memetik Reuters, apabila pemerintah mengeluarkan arahan lockdown akibat gelombang kedua di Yangon pada September, wanita itu sekali lagi menutup kedainya dan terpaksa menjual pakaian, pinggan mangkuk dan periuk belanga untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Kredit foto: Reuters
Suaminya yang bekerja sebagai buruh binaan juga kehilangan pekerjaan hingga terpaksa memburu di saliran air di kawasan perumahan sesak tempat mereka tinggal di pinggiran bandar.
"Ramai terpaksa makan tikus dan ular. Tanpa pendapatan, mereka terpaksa melakukannya demi mengisi perut anak," katanya, sedih.
Mereka tinggal di Hlaing Thar Yar, salah satu kejiranan termiskin yang menyaksikan penduduknya menyuluh lampu di kawasan belakang rumah mereka untuk mencari haiwan yang aktif pada waktu malam untuk mengalas perut.
Walaupun tikus, reptilia dan serangga sering dimakan keluarga di kawasan luar bandar, kini penduduk di beberapa kawasan bandar juga mula berdepan perkara sama. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pilihan orang sekarang mati sebab covid atau pun mati sebab tak makan. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya...kta kat sini hari2 pikir nak makan apa,
nak order food panda or Grab Food.
lunch kat ofis nk makan apa, dinner kt umah nk makan apa |
|
|
|
|
|
|
| |
|