Mengaibkan. Biarpun sebelum ini sudah banyak kes penyalahgunaan gambar dilaporkan, namun masalah sama terus berulang dek pemangsa yang tidak mengenal erti simpati.
Mangsa terbaharu, Myra Nuradli di laman Twitternya menempelak lelaki-lelaki yang telah menyunting wajahnya lalu menggabungkan dengan badan yang berbogel.
Lebih memalukan adalah gambar tersebut diedar ke grup telegram lelaki hidung belang. Sangat menjelikkan apabila ada juga lelaki yang sanggup membayar sejumlah wang bagi mendapatkan akses tersebut.
Dalam kesedihan bersulam kemarahan, Myra menegaskan yang bukan dia seorang sahaja terpalit dengan 'super impose' ini, malahan ramai wanita turut dilucahkan.
"Saya takkan maafkan sesiapa yang save video saya, sebar semua, ianya mengaibkan saya dan keluarga."
Foto : Twitter
Myra turut meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Kementerian Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bertindak kerana terlalu banyak kes sama berulang.
Foto : Twitter
Netizen turut melontarkan hal sama supaya pihak berwajib bertindak ke atas isu ini. Malahan, boleh dikatakan di pelbagai platform media sosial, golongan durjana ini ada termasuk di YouTube.
Foto : Twitter
Sampai bila wanita terus menjadi mangsa. Sudah sampai masanya pihak berwajib mencari solusi bagi menyekat kegiatan lelaki gila seks ini. Jangan biarkan golongan ini bermaharajalela yang akibatnya lebih dasyat lagi. - CARI |