Seorang wanita ditemui mati bersama anak kembarnya berusia tujuh tahun di Washington, Amerika Syarikat. Polis percaya wanita tersebut menembak anak-anaknya sendiri sebelum membunuh diri.
Menurut Daily Star, Michele Boudreau Deegan, 55, dipercayai melakukannya kerana sakit hati dengan tuntutan penjagaan anak-anak. Malah, sehari sebelum kejadian, Deegan menulis di Facebook mengenai gejala ibu bapa narsisistik.
Foto : Daily Star
Menurut penyiasat, Deegan dipercayai menembak anak-anaknya dikatil mereka pada malam jumaat lalu sebelum menamatkan riwayatnya sendiri.
Proses mahkamah yang sedang berlangsung dipercayai antara faktor mencetus kepada pembunuhan tragis itu.
Lebih mengejutkan apabila Deegan juga merupakan seorang pakar psikoterapi yang menawarkan rawatan mental seperti kaunseling kepada individu yang memerlukan.
Artikel yang dimaksudkan bertajuk "Ibu bapa narsisistik tidak mampu menyayangi anak-anak mereka' sementara video kedua pula bertajuk "Tugas keibubapaan narsisistik adalah perangkap kepada jenayah."
Foto : Daily Star
Banyak bukti menjurus kepada masalah mentalnya iaitu di bawah kerjaya, Deegan menulis bahawa keganasan bukanlah kemarahan, tetapi strategi untuk menguatkan sesuatu hubungan.
Buat masa sekarang, pihak berkuasa Washington masih belum menemui bukti yang mengaitkan pembunuhan tersebut dengan orang lain. - CARI
|