Datuk Seri Najib Razak menggesa semua akaun media sosial Tun Dr Mahathir Mohamad dipadam bagi mengelak lebih banyak kerosakan berlaku.
Kredit foto: SCMP/The New York Times
Walaupun bersetuju dengan sebahagian kenyataan mantan Perdana Menteri itu, ahli Parlimen Pekan berkenaan menegaskan bahawa pandangan Dr Mahathir hanya bersifat peribadi yang tidak menggambarkan suara Malaysia.
Katanya di Twitter, dunia perlu bertenang dan membaca kenyataan penuh Dr Mahathir.
Kredit foto: Twitter
"Saya percaya dia tidak memaksudkan apa yang dikatakannya. Dan jika benar dia memaksudkannya, itu pandangan peribadinya, bukan Malaysia.
"Dalam masa sama, seseorang perlu menurunkan semua akaun media sosialnya sebelum beliau membuat lebih banyak kerosakan," ciapnya.
Najib kemudian menjelaskan lebih terperinci mengenai pandangannya terhadap kenyataan Dr Mahathir menerusi Facebooknya.
Kredit foto: FB Najib
Kredit foto: Twitter
Dr Mahathir sebelum ini mengeluarkan pandangan berhubung kenyataan Presiden Perancis Emmanuel Macron susulan pembunuhan seorang guru di Perancis menyatakan umat Islam berhak marah dan membunuh berjuta rakyat Perancis atas penyembelihan masa lalu. - CARI |