Nampaknya, ada ahli politik yang seolah-olah tidak memahami perkara perlu diutamakan saat pandemik ini.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerusi laman Twitternya membangkitkan kemarahan ramai warganet apabila menyatakan sebuah projek bernama Quranic Village telah diluluskan.
Pembinaan dijangka pada tahun 2021 ini didakwa sebagai projek yang tidak pernah dilakukan negara lain, jadi inilah masanya Malaysia menempa nama dengan bajet khabarnya RM150 juta.
Foto :Twitter
Pelbagai komen dilontarkan kepada hantaran tersebut dan rata-ratanya marah kerana di saat negara masih belum menang menangani pandemik Covid-19 ini, ada pula cadangan yang tidak relevan dengan situasi. Lebih memburukkan ia bukan sekadar cadangan (menurut Annuar), projek ini diluluskan.
Apatah lagi dengan isu yang tidak pernah habis seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta bantuan derma daripada rakyat untuk membantu di Sabah, jabatan penjara dan sebagainya. Yang projek tidak relevan dapat pula bajetnya, ya?
Foto : Twitter
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq antara yang lantang menegur pembaziran projek ini. Perlu ke kampung ikonik sedangkan rakyat sendiri tidak cukup makan?
Foto : Twitter
Jadi, kita sama-sama nantikan pembentangan belanjawan 2021 nanti. Adakah kerajaan peka terhadap bantahan daripada rakyat atau masih kekal dengan keputusan untuk membina sesuatu yang tidak perlu? - CARI
|