CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18544|Reply: 183

"Normal Je, Taklah Teruk Sangat" - Bapa Pertahan Nyanyian Nuha Bahrin

[Copy link]
Post time 4-11-2020 03:08 PM | Show all posts |Read mode
Kecoh kebelakangan ini warganet bercakap mengenai suara penyanyi baru, Nuha Bahrin yang dikecam 'perosak lagu' dalam program Vokal Mania, Sabtu lalu.


Enggan membiarkan anak terus 'dihentam' warga maya, bapanya iaitu Saiful Bahrin Abdul Ghafar, 42, tampil mempertahankan Nuha.


Katanya kepada mStar, kesilapan cara nyanyian anaknya adalah perkara biasa dilalui mana-mana penyanyi.




Kredit foto: IG Nuha



"Kesilapan itu adalah sebahagian pengalaman yang perlu dia lalui... dia nampak dah bersedia, lebih-lebih lagi ini program realiti, dia kena kuatkan mental dengan pelbagai kecaman.

"Nuha nampak kuat dan tak patah semangat sebab ini memang minat dia. Saya ada baca komen di laman sosial tapi ramai sahaja yang sokong dia, yang like lebih banyak dari dislike.

"Yang komen buruk berapa peratus sahaja, sikit sangat! Apa-apa pun kesilapan ini merupakan waktu untuk dia belajar perbaiki apa yang patut. Saya harap netizen maafkan dia sebab semua orang tak boleh lari dari kesilapan," katanya kepada mStar.


Dalam masa sama, Saiful Bahrin menjelaskan anaknya itu seorang yang kuat dan sangat positif.




Kredit foto: IG Nuha




Dia juga melihat kesilapan dilakukan Nuha bukan sesuatu yang perlu diperbesarkan.

"Malam itu kami sekeluarga tonton dari televisyen dan baca komen netizen semasa persembahan, saya nampak kesilapan itu tapi saya rasa tidaklah teruk sangat... sebab netizen yang komen tu pun tak tahu muzik.

"Saya rasa kesilapan itu perkara normal, netizen pula memang jenis suka komen dengan cara begitu, apa yang penting kita ambil positif sahaja, jangan putus asa," ujarnya.


Sementara itu, Nuha mengakui kesilapannya gagal memberi persembahan yang baik ekoran perasaan gementar. Biarpun sudah bersedia dikritik, dia akui terkilan dengan kritikan dilemparkan terhadapnya. - CARI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2020 03:14 PM | Show all posts
hahaha jauh boleh pergi budak ni,  suara sedap dah normal sgt , kena rare sikit baru org kenal
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum apa2 si ayah dah mencabup hentam netizen. Ye lah netizen yg xtau hal muzik bagai dikata ni yg akan jadi fans anak kau yg bakalan vote anak kau apa semua. Belum apa2 dah nak jadikan netizen enemy kah?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 03:27 PM | Show all posts
nd lala in the making ke
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
X teruk sgt katanya.rasa nak baling remote kat tv tau tak.
Syok sendiri adalah.
Tp yelah..sapa nak back up kalau bkn family sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 03:29 PM | Show all posts
tolong la berterus terang, jangan la nak cover2 sangat. aku rasa ramai yang akan cakap anak tu sumbang masa menyanyi dan rosak lagu tu. kalau tanya yang pro dlm muzik pun pasti akan cakap benda yang sama jugak.

kadang2 sebab family yang kata ehh, sedap suara anak aku ni. boleh pergi jauh. suara macam jaclyn victor la.. padahal haukkk, hauss di pagi aidilfitri. korang la merosakkan anak tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2020 03:29 PM | Show all posts
syukur la pakcik, iols tak tengok rancangan tu.. kalau tak, memang berbakul juaa sumpahan meols..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Uncle..sy dgr dlm bilik je tau ..dgr teruk sgt nyanyi..nsb baik sy xdok dpn2 tv tu..mau sy ttp terus tv

Btw,kalau tgk ig dia..mmg dia over confident cover lagu org..huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2020 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ku gigih tengok sebab video tu 2 minit je.. malangnya aku hanya mampu tengok sampai 1 minit je

Ni bukan kekasih awal & akhir.. ni mcm nk bagitahu "kau nak hidup ke nak mati?" Mcm gf tgh naik hantu sbb bf curang dgn pompuan lain
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 03:34 PM | Show all posts
maaf pakcik jikalau pendapat kita xsama.
Rasa mcm mimpi ngeri pakcik oiii. Macam kerasukan syaiton pun ada.
Saya xsanggup nak tengok sampai habis Seram..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua orang yang x bisu boleh menyanyi tapi nak jadi professional singer tu belum tentu boleh. Adik ni kalau takat nak menyanyi kat tiktok ig tu ok ke. Xpayah la masuk pertandingan yg ada kat tv ni, buat sakit telinga penonton je. Tapi kalau adik nak masuk icsyv sebagai orang tone deaf iouls sokong.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 03:37 PM | Show all posts
Betul ke ayah dia 42 tahun? Pesal Nampak lg tua…
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 03:38 PM | Show all posts
wow confident nya kamu. kusss tak mampu nak habiskan tgk vid ni. pencemaran bunyi

belajar lagi dik
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 03:39 PM | Show all posts
pokcik ni pekak bin badak kot..paham tu anak ko tapi benda kenyataan kot jgan la nk pertikaikan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 03:39 PM | Show all posts
Yg like lebih byk dr dislike kata bapaknya. Bapaknya tengok kat mana..yg aku nampak ramai kecam dr puji. Ohh bapaknya tak boleh terima kenyataan kot. Satu lagi katanya netizen tak pandai muzik tak reti menilai..abis tu misha om dgn edry komen tu apa...tak de lak memuji ..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 03:41 PM | Show all posts
sebenarnya dia nyanyi biasa2 pun tak sedap iols g stalk ig she is....
sumbang mambang jer dari iols yg x tau notes2 muzik ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2020 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
tak pergi kelas vokal ke budak ni? tapi tahniah la dapat publisiti walaupun a bad one.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutlah anaknya nyanyi terlebih kompiden..bapaknye x pernah nak jujur gtau sore anaknya sumbang..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
debab_78 replied at 4-11-2020 03:37 PM
Betul ke ayah dia 42 tahun? Pesal Nampak lg tua…

Ha..ha..aku baru nk comment yg sama.
Mcm umur 52 je.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 03:44 PM | Show all posts
amyza82 replied at 4-11-2020 03:43 PM
Ha..ha..aku baru nk comment yg sama.
Mcm umur 52 je.

Hahaha..... wartawan typo kot.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.112687 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list