View: 2496|Reply: 9
|
Selebriti Sebak Tengok Video Kenangan Terakhir Bersama Arwah Surya
[Copy link]
|
|
Video kenangan dan luahan rakan kepada mangsa bunuh, Allahyarham Siti Nur Surya Ismail berdurasi 2 minit 24 saat yang tular di media sosial sejak semalam mendapat perhatian ramai termasuk selebriti tanah air.
Antara yang menitipkan rasa sedih dan pilu adalah pelakon Ruhainies, Niena Baharun, Diana Rafar, Haiza dan ramai lagi.
"Allah...," tulis Ruhainies disertakan emoji sedih di ruangan komen video yang dikongsikan akaun Instagram Hot FM semalam.
"art (bahagian) dia suapkan mak dia. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Salam takziah buat seluruh keluarga arwah," tulis Niena Baharun di ruangan komen akaun Instagram sama.
Video itu menunjukkan kenangan rakannya dikenali sebagai Muhammad Haiqal Adnan bersama Allahyarham serta bagaimana keperibadian Surya menjaga ibunya yang terlantar sakit.
Video asal dimuat naik Haiqal di Instagram diulang tonton lebih dua juta sebelum dikongsikan beberapa akaun Instagram lain antaranya, Hot FM dan Kool FM.
"Semoga syurga tempat awak. Terima kasih untuk segalanya. Awak rehat dengan tenang ya. Sampai masa giliran saya pula.
"Awak baik. Ramai sayang awak. Ramai datang tengok awak. Semoga kawan awak dapat balasan setimpal dengan apa yang dia lakukan," tulisnya di ruangan kapsyen video itu.
Beberapa hari lalu, berita pembunuhan itu menggegarkan negara apabila remaja berusia 19 tahun itu dibunuh kejam dengan beberapa kesan tikaman dipercayai senjata tajam di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri. -CARI
Sumber:Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ok baru baca pun tak tengok video lagi meolls dah bergenang air mata... semoga syurga buatmu nak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Memang sedih sgt tengok video ni... nangisssss |
|
|
|
|
|
|
|
Sobbssss.... |
|
|
|
|
|
|
|
yang bestnya ramai pulak yg sibuk bermadah pujangga "kerana mulut santan binasa..." sejak baca skrip sedih si pembunuh kununnya dicaci maki |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya ibunya mesti rindu anaknya. Bapanya pula rasa hiba anak mati kena bunuh dan kena rahsiakan dari isteri.
Anak itu dah tentu mati dan saya yakin akan ke syurga. Sebab mati kena bunuh sedang beribadah (jaga mak) pulak tu. Umur pun muda kalau ada dosa pun tak banyak. Berehatlah dik tunggu masa masuk syurga. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ot..
Masa kawan baik aku meninggal, kawan2 lain tanya knp aku mcm suka je dia meninggal. Sebab aku tak post apa2 pasal masa arwah takde.
Aku cakap la "aku buat karangan panjang2 bukannya arwah boleh baca pun, arwah nak doa dari kita, bukannya karangan panjang lebar madah pujangga, padahal masa hidup korang pun selalu kutuk dia..
Btw, aku terasa tgk video tu, tambah pulak dekat atas benang ni ada benang baby lelaki kena buang, lagi aku sebak |
|
|
|
|
|
|
|
Aku terfikir, selain dari kebaikan arwah menjaga ibunya, arwah mesti seorang yg sgt rajin beribadah sehingga bila dia meninggal, berjuta-juta org mendoakan dia. Syurga buatmu dik... berehatlah dik. |
|
|
|
|
|
|
|
iols tak sanggup tgk bideo tu..
pilu
takziah kpd keluarga dia |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga Arwah Surya damai di alam sana & syurga buatmu ...
Pemergianmu yg penuh hikmah & tauladan , suatu masa nanti tiba giliran kami pula akan menyusul kembali ke sana |
|
|
|
|
|
|
| |
|