View: 2149|Reply: 6
|
Wajah Shah Rukh Khan Terpampang Di Burj Khalifa
[Copy link]
|
|
Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan menerima kejutan istimewa apabila wajahnya terpapar di skrin menara tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa sempena ulang tahun ke-55, Isnin lalu.
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Shah Rukh Khan menzahirkan rasa teruja dan berterima kasih kepada rakannya serta pihak Burj Khalifa yang membuat kejutan itu.
"Rasa gembira melihat diri sendiri di skrin besar menara tertinggi di dunia dan sudah pasti anak-anak saya akan berasa kagum," katanya yang kini menyambut ulang tahun kelahiran di Dubai bersama keluarganya.
Pelakon kesayangan ramai itu turut dihujani ucapan daripada pelakon-pelakon dan peminat yang terus mendoakan dirinya diberi kesihatan yang baik dan inspirasi kepada masyarakat.
"Hai semua, terima kasih di atas ucapan ulang tahun yang penuh bermakna daripada anda semua termasuk kelab peminat saya di serata negara. Saya juga mohon sekiranya ada masa yang terluang sila lakukan perkara yang berfaedah dengan membantu masyarakat.
"Terima kasih sekali lagi kepada anda yang menitipkan ucapan dari serata tempat melalui apa saja saluran yang anda miliki. Saya cintakan anda. Doakan semoga tahun depan kita dapat bertemu lagi," katanya.
Dia turut mendoakan semua peminatnya terus berada dalam keadaan sihat dan aman-damai. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Suka cerita trimurti.. lakonan srk, anil kapoor, dgn jackie shroff |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak tua dah heols. Tua2 ni kurang menyengat sikit. Lagi best cerita2 salman dan aamir khan |
|
|
|
|
|
|
|
hero pujaan hati kaka
walau film dia x brp menjd tp kaka ttp support dia |
|
|
|
|
|
|
|
Filem2 lama srk juga lagi best dari yang baru punya. |
|
|
|
|
|
|
|
Heol ni mmg kalau menginap kat burj tu, memang permenantly free, nak tingkat berapa pun , beresss...
Dahlah kaya raya , semua dpt free... betul2 syurga dunia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|