Suami Kim Kardashian itu telah mengumumkan rancangannya untuk bertanding dalam pilihan raya ini sejak 2015, namun kebanyakkannya menganggap dia hanya bercakap kosong, sehinggalah dia mengesahkan perkara itu pada April lalu bahawa dia benar-benar akan bertanding.
Malangnya, walaupun dia turut mengundi untuk dirinya sendiri, tidak ramai yang meletakkan kepercayaan kepada pengasas Yeezy itu apabila dia hanya mendapat sekitar 60,000 jumlah undian di seluruh negara.
Sebaik menerima keputusan itu, Kanye meluahkan kekecewaanya di Twitter dan mengumumkan bahawa dia akan bertanding lagi pada pilihan raya 2024.
Sementara itu netizen mempunyai pelbagai komen lucu berkenaan nasib Kanye West itu, lebih-lebih lagi apabila mendapat tahu bahawa isterinya sendiri tidak mengundi untuknya dan dipercayai menyokong Biden.
Kim beri tanda suka pada ciapan seorang pengguna yang menyokong Biden
Kredit foto: Twitter Kim
Apa akan jadi kalaulah dia bernasib baik dipilih menjadi presiden AS, ya?
Sumber:
Himpunan Cerita Lawak