Siapa pun tak sangka kerja di awan biru yang disangkakan dapat bagi rezeki untuk selamanya tapi hanya putus di tengah jalan akibat pandemik COVID-19 yang menyerang seluruh dunia sejak Mac lalu.
Kesan dari wabak pandemik ni, banyak yang berubah dalam masa sangat singkat. Kalau anda perasan, kita ni sebenarnya sudah tujuh bulan berdepan COVID-19. Dan banyak gila perubahan kita sendiri pun tidak sedar!
Ramai hilang pekerjaan termasuklah kru anak kapal di langit biru. Kecoh juga bila ada syarikat penerbangan terpaksa membuang hampir 70 peratus staf. Antara yang terkena tempias ialah bekas pramugari Siti Hajar, Farhana dan Najua.
Tipu sangat kalau cakap tidak sedih bila hilang kerja kan. Lebih-lebih lagi antara mereka ibu tunggal yang ada anak dan yang lain masing-masing ada tanggungjawab besar dengan keluarga. Lagilah terasa! Macam mana nak beri anak dan keluarga makan? Tapi ketabahan tiga bekas pramugari ini patut dijadikan contoh untuk anda yang mungkin mengalami nasib sama!
Betul orang cakap, rezeki ada di mana-mana, cumanya kita kena berusaha. Kalau duduk rumah goyang kaki, macam mana rezeki nak masuk kan? Bekas pramugari ini bersyukur kerana masih ada rezeki untuk anak meskipun kehilangan kerja tetap setelah beberapa tahun berada di atas awan.
Sejak COVID-19, banyak penerbangan makin berkurang. Ketika itu mereka sudah sedar yang mereka tidak boleh hanya duduk menunggu. Jadi, mereka pun mulakan langkah untuk berbisnes, cari pendapatan lebih untuk menampung pendapatan.
Tak sangka, asalnya bermula dari menjaja rumah ke rumah sambil ditemani anak, Alhamdulilah dengan menjadi ejen bisnes Rayyan Kidz, susu minuman yang membekalkan tenaga untuk anak-anak ni mula menampakkan hasil!
Ada di antara kita suka sangat merungut dan malu berniaga dari bawah. Buat apa nak malu kalau ini adalah jalan untuk bisnes anda berjaya? Cuba buang pemikiran negatif.
Anda kena jadikan bekas pramugari ini sebagai contoh. Mereka tidak malu berniaga di tepi jalan, buka carboot bersama-sama demi mencari duit untuk menampung hidup. Malah, mereka juga membantu satu sama lain disebabkan masing-masing ada tanggungjawab yang mereka kena pikul.
“Semua tengah struggle untuk teruskan hidup di musim pandemik ni. Begitu juga dengan salah seorang daripada kami yang merupakan anak pertama dan tunjang utama punca rezeki sekeluarga. Masih ada ibu dan ayah yang perlu ditanggung dan adik-adik yang masih belajar, jadi tak salah kalau masing-masing berkongsi rezeki.”
Anda tahu tak income bisnes mereka 3 kali ganda melebihi gaji asal sebulan! Pergghh..heaven! Memang betul rezeki.
“Tak pernah menduga pun bisnes Rayyan Kidz ni menjadi punca rezeki utama kami setelah dibuang kerja. Namun sangat bersyukur kerana semua dipermudahkan, rezeki tak putus putus buat anak.”
Anda tengok mungkin ada di antara kita yang mengalami nasib sama, dibuang kerja tapi semuanya terletak pada diri kita sendiri sama ada nak terus bermurung dan putus asa selamanya ataupun mulakan langkah baru macam bekas pramugari yang juga ejen Rayyan Kidz ni!
Meremang kalau baca kisah mereka. Siapa pun tak menyangka rezeki mencurah-mencurah berkat usaha yang tak henti-henti.
Sekarang, mereka dah mampu memenuhi kehendak anak dan melihat sendiri anak gembira dan membesar di depan mata sendiri. Yalah, dulu terbang ke sana sini sampaikan nak tengok anak pun tak sempat. Sekarang ni Allah dah bagi rezeki berlipat kali ganda! Kata mereka, inilah hadiah yang paling berharga buat masa sekarang.
Nama pun kerja, semua akan penat. Apa yang mereka buat adalah ikhlaskan hati, betulkan niat. InshAllah Allah permudahkan rezeki.
“Jangan pernah malu untuk cari kerja lain. Orang akan judge, orang akan hina tapi mereka tak duduk tempat kita dan tak rasa kesusahan yang kita alami. Waktu kita lapar, mereka tak bagi kita nasi! So peduli apa cakap orang asalkan rezeki yang kita dapat tu dari sumber yang halal.”
Haa..nampak? Pada anda yang masih lagi bersedih dibuang kerja, sudah-sudahlah! Jom bangkit semula dan cari peluang untuk mulakan hidup baru okey! Rezeki takkan pernah salah alamat!
Sumber: ROTIKAYA |