CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4580|Reply: 27

Saintis Rusia Menemui Ribuan Walrus Duduk Berhimpit Di Artik, Apa Maknanya?

[Copy link]
Post time 12-11-2020 01:16 AM | Show all posts |Read mode
Para saintis bimbang kerana isu yang perlu dipantau sekarang ini adalah ketiadaan ruang yang sewajarnya untuk spesies itu. - Reuters





MOSCOW: Saintis di utara Rusia menemui lokasi yang menjadi tempat perkumpulan walrus di sebuah kawasan terpencil di Laut Kara.
Reuters melaporkan, penemuan itu suatu yang mengejutkan kerana kumpulan walrus itu terpaksa bersesakan dan berhimpit berikutan habitat dataran ais yang diancam penyusutan selain ancaman aktiviti manusia.

Tabiat berkumpul bukan sesuatu yang asing bagi spesies ini, namun lazimnya ia melibatkan kelompok-kelompok kecil dalam 'keluarga', dan jarang sekali ditemukan haiwan itu bersesak dalam jumlah yang besar.
Lokasi perkumpulan sangat penting bagi spesies itu kerana ia menjadi tempat untuk berehat selepas membuat renangan jauh, membiak dan bersosial. Lokasi yang ditemui itu begitu terpencil di semenanjung Yamal, dan para saintis menganggarkan sekitar 3,000 ekor walrus sedang bersesakan.
Lazimnya, tempat perkumpulan seumpamanya bertempat di atas dataran ais yang hanyut di sekitar kepulauan Artik. Namun, kitaran iklim yang lebih panas mengakibatkan banyak ais mencair dan mengancam ruang kehidupan yang diperlukan spesies itu.
Lebih memberi tekanan, adalah habitat yang musnah akibat aktiviti penerokaan minyak dan gas selain terdapat lebih banyak laluan kapal di Artik.



"Tempat perkumpulan ini sangat unik kerana terdapat walrus jantan dan betina tinggal bersesakan, selain daripada anak-anak walrus yang pelbagai usia,” ujar penyelidik kanan Artik, Aleksander Sokolov, dari Akademi Sains Rusia.
Kesatuan Konservasi Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN) menyenaraikan spesies itu sebagai ‘hampir terancam’ pada tahun 2016, selain mengaggarkan jumlah keseluruhan walrus Atlantik kini hanyalah 12,500 ekor.
Sebelum pemburuan komersial haiwan itu diharamkan di peringkat antarabangsa pada pertengahan abad ke-20, populasi spesies itu sudahpun terjejas berikutan permintaan lemak dan gadingnya.
Andrei Boltunov, dari Pusat Penyelidikan dan Ekspedisi Marin, bagaimanapun berkata penemuan lokasi perkumpulan di Yamal itu memberi petanda yang baik iaitu populasi walrus Atlantik semakin memulih.
“Kami mahu percaya bahawa ini adalah petanda positif,” ujarnya, sambil menambah isu yang perlu dipantau sekarang ini adalah ketiadaan ruang yang sewajarnya untuk spesies itu.
Masalah itu disebabkan tempoh ketiadaan ais di sekitar Laut Kara semakin panjang dan itu antara lain berpunca daripada kenaikan suhu global sepanjang dekad-dekad kebelakangan ini.




Sumber : Astro Awani




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2020 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 11-11-2020 09:22 AM

Dahulu sebelum kahwin weekend suka duduk di fisherman wharf tengok walrus.sea lion dan bird watching di pier...

Build an island?...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 01:36 AM | Show all posts
kenapa rasa macam comel dan empuk je nak tido di atas walrus2 itu
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Bkn isu baru. Ada documentary dkt netflix. Maksudnya bumi semakin panas. Dah x ada tmpt asal. Kesian sgt himpt2 smpai mati kalau yg kecik kena pijak. Yg duduk atas gunung pulak risiko mati bila turun ke bawah cari mknan. Kesian sgt2. Bila tgk nasib polar bear, walrus ni mcm xtau nak buat apa. Sbb usaha aku sorang je xckup.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 02:30 AM | Show all posts
anony-mous replied at 12-11-2020 01:38 AM
Bkn isu baru. Ada documentary dkt netflix. Maksudnya bumi semakin panas. Dah x ada tmpt asal. Kesian ...



tak boleh ke letak kat zoo negara sekor dua


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2020 07:20 AM | Show all posts
Aku baru nak cakap.. diorang sejuk la tu berhimpit2... rupa disebaliknya...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 07:26 AM | Show all posts
alaaa comeynyer  eeeeee....

well...space now is the issue ye, not the numbers, pulak , dulu the number kurang.
aduhai...isu alam  dan ekosistem ni satu satu ye...always akan ade satu faktor yg dah memulih dan ada juga yg bermasalah.

i hope lebih banyak field research funding dibuat la, sebab climate changing is real.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2020 08:59 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak empuk tapi potong betul tgk taring depa
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan mogok lapar sebab BRIM lambat masut account keww?

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 09:42 AM | Show all posts
Physical distancing : am i a joke to y'all?
walruses: cyka blyat
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 10:45 AM | Show all posts
Habitat binatang ni dah musnah dan semakin terhad.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 10:50 AM | Show all posts
kesiannya dorang
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
sikatkutu replied at 12-11-2020 02:30 AM
tak boleh ke letak kat zoo negara sekor dua

Rasanya ada dkt zoo . Tp xckup. Kalau tgk mmg kesian sbb habitat they all terancam
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai joke about this. Maksudnya xramai yg tau hal ni. Mgkin depa saja xnk sebarkan sbb yg buat jd mcm ni is kilang2 besar. Dari duk buat rancangan menyanyi bodoh dkt tv3 smpai 2 hari berturut2 baik la tayang cerita ni. Xbosan pon mmg menarik & sedih. Xingat tajuk apa pasal mmg byk documentaries on netflix.

Yg pasti jd mcm ni sbb pemanasan global. Suppose diaorang ni duk atas ais. Tp bila musim yg ais cair, depa terpaksa cari pulau ni. Then polar bear dah xckup makanan. Ada risiko pupus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2020 12:30 PM | Show all posts
anony-mous replied at 12-11-2020 12:26 PM
Ramai joke about this. Maksudnya xramai yg tau hal ni. Mgkin depa saja xnk sebarkan sbb yg buat jd m ...

bill gates dh warning awal2 lepasni perubahan iklim akan buatkan dunia huru hara jauhhh berkali ganda drpd covid 19
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
tgk walrus bersesak2 tu mcm kuih mek comel nmpk sedap pulak walrus2 ni

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni yg negara maju mcm jepun gelabah promote carbon trade. Depa tak nak turunkan carbon emission takut jejas economy dia, paksa2 plak negara miskin n membangun buat mcm2 utk kurangkan co2. Hampeh
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 12-11-2020 12:30 PM
bill gates dh warning awal2 lepasni perubahan iklim akan buatkan dunia huru hara jauhhh berkali ga ...

End of the world agaknya. Tp x ramai ambik kisah sbb klau ramai care for environment, kapitalis xboleh cari mkn
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.058173 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list