View: 3038|Reply: 26
|
Nenek Cedera Dibelasah Cucu Dengan Senjata Buku Lima
[Copy link]
|
|
Seorang cucu tergamak menyamun neneknya sendiri dengan melarikan rantai tangan emas dan rantai leher selepas mencederakan mangsa.
Kejadian dipercayai berlaku 1 petang kelmarin, ketika mangsa berusia 78 tahun yang tinggal seorang diri di rumahnya di Telok Kechai, Jalan Kuala Kedah didatangi suspek lelaki berusia 32 tahun itu.
Kejadian disedari wanita berusia 25 tahun yang juga cucu saudara mangsa ketika sampai di rumah itu pada 2.30 petang.
Gambar hiasan
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, cucu saudara mangsa kemudian masuk ke dalam rumah dan mendapati mangsa dalam keadaan berlumuran darah di bahagian muka, bengkak di dahi dan sakit di anggota badan lain.
Beliau berkata, mangsa memaklumkan yang dia disamun cucunya sendiri dengan melarikan rantai leher dan rantai tangan.
"Kami percaya berlaku pergelutan ketika kejadian sehingga menyebabkan mangsa cedera.
"Laporan polis sudah dibuat berhubung kejadian itu," katanya kepada media, di sini, hari ini.
Mohd Redzuan berkata, suspek dikatakan tertinggal senjata buku lima yang digunakan dalam kejadian itu di rumah mangsa.
Bertindak atas maklumat, sekitar 1.30 pagi semalam, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar terserempak dengan suspek di belakang sebuah restoran di Kuala Kedah.
"Suspek cuba melarikan diri dengan sebuah motosikal namun gagal apabila dia berjaya ditahan polis.
"Turut dirampas adalah buku lima dipercayai senjata yang digunakan untuk tujuan samun," katanya.
Mohd Redzuan berkata, suspek direman tujuh hari mulai semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun mendatangkan cedera dan jika disabit kesalahan boleh kenakan hukuman boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.
Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing terhadap suspek juga mendapati dia positif methampetamine.
"Bagaimanapun suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.
"Turut ditemui semula rantai leher mangsa dan kes berjaya diselesaikan dalam tempoh 24 jam," katanya.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Baca saja kuala kedah.. Terus..aku ehemmmmm saja..lubuk kaki dadah kat alor setar. |
|
|
|
|
|
|
|
Baca pun dah tahu mesti pasal kes dadah sampai sanggup buat macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82: Baca saja kuala kedah.. Terus..aku ehemmmmm saja..lubuk kaki dadah kat alor setar.
Kedah mendahului kelantan dan tganu nampaknya dalam kes2 pelik. |
|
|
|
|
|
|
|
Pasai apa kat Kedah. Lagi elok jika kejadian ni berlaku kat Kelantan. Boleh lah acik-acik gundu kat forum ni dok meratib sskjp....sskjp. |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 12-11-2020 06:02 PM
Kedah mendahului kelantan dan tganu nampaknya dalam kes2 pelik.
Ni tempat lubuk dadah.. Tapi sini juga tempat gangster Melayu paling kuat kat alor setar dulu..sebut nama hasan husein.. Cina jln putra pun kecut..geng kuala kedah boleh tahan mafia.. Hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Odyman replied at 12-11-2020 06:06 PM
Pasai apa kat Kedah. Lagi elok jika kejadian ni berlaku kat Kelantan. Boleh lah acik-acik gundu kat ...
Kat sini negeri mana x pernah kutuk.. Kedah kena kutuk perempuan gila sex sbb ada byk kes kena tangkap khalwat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hukumannya, tumbuk jer balik dgn buku lima |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82: Baca saja kuala kedah.. Terus..aku ehemmmmm saja..lubuk kaki dadah kat alor setar.
Kesiannya kan...hisap dadah dri sek men.
ada kawan asal perlis. dia cerita bila balik kampung perlis berjumpa kawan lelaki kampung sama sekolah menengah.almost all are mat pet. I sedih dgr. Kesian. |
|
|
|
|
|
|
|
Mat dadah lee ni.kedah darul ketumlah katakan |
|
|
|
|
|
|
|
babi apa kau mangsa 78 tahun pakai buku lima.
dasar anak haram sunggoh. |
|
|
|
|
|
|
|
perlis jarang kena kutuk
|
|
|
|
|
|
|
|
raxief replied at 12-11-2020 08:57 PM
perlis jarang kena kutuk
Hahaha...org kedah kekadang risau nak makan kat Perlis.. Sbb kami tau org Perlis ada hat pandai bab santau ketuk kat kuku.. Hahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
bluebutter replied at 12-11-2020 07:22 PM
Kesiannya kan...hisap dadah dri sek men.
ada kawan asal perlis. dia cerita bila balik kampung ...
Benda biasa.. Selagi punca tak dihapuskan.. Selagi tu ada penagih dadah.. |
|
|
|
|
|
|
|
salah sorang member baik aku kat taman ni orang perlis. ustaz skola menengah. tapi dia cakap johor dah x mcm org utara. wife dia je pekat slang utara.
aku nak kutuk dia selalu takde modal hahaha
abis2 pun cakap kat dia, harumanis kau belikan semua x sedap
|
|
|
|
|
|
|
|
raxief replied at 12-11-2020 09:19 PM
salah sorang member baik aku kat taman ni orang perlis. ustaz skola menengah. tapi dia cakap johor ...
Bagi aku harum manis biasa saja. Aku suka sala dan raja (ni yg siam punya) sedap.. Yum2..
Lama aku tak pi Perlis.. Tapi aku suka lokcheng kuala Perlis sedap. |
|
|
|
|
|
|
|
Tergamaknya cucu!
Tapi laksa Teluk Kechai sedap! |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 12-11-2020 05:14 AM
Hahaha...org kedah kekadang risau nak makan kat Perlis.. Sbb kami tau org Perlis ada hat pandai ba ...
Aku tidak tahu pula... Aku suka perlis after perak.. Last aku makan rm 0.60 besar size nya... Jarang dapat juicy satay selalu nya overcooked.. char dan keras... Di kuala perlis aku suka seafood... |
|
|
|
|
|
|
|
Dwdrum replied at 12-11-2020 09:41 PM
Aku tidak tahu pula... Aku suka perlis after perak.. Last aku makan rm 0.60 besar size nya... Jara ...
Urban legend dikalangan org kedah.. Hahaha..aku pi perlis.. Aku makan ja.. Paling suka pulut ayam.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|