View: 1490|Reply: 9
|
Tak Suka Calon Menantu, Anak Dijerutnya
[Copy link]
|
|
Malang bagi seorang gadis di Mumbai, India apabila ibu bapa dan abang tergamak berpakat cuba membunuhnya, baru-baru ini.
Ia selepas remaja berusia 19 tahun itu berdegil dan mahu meneruskan hasrat berkahwin dengan lelaki tidak disukai ahli keluarganya.
Gulf News yang memetik laporan media tempatan melaporkan pada hari kejadian, ibu bapa dan abang remaja itu mengajak mangsa keluar bersiar-siar di pantai Suruchi di Vasai.
Gambar hiasan
Ketika sampai di satu lokasi, ahli keluarga remaja terbabit menjerut leher mangsa dengan skaf dipakainya.
Selepas melihat mangsa seperti tidak bernyawa lagi, mereka menghumban remaja itu ke dalam semak di kawasan berhampiran pantai. Bagaimanapun, mangsa sebenarnya hanya pengsan sebelum ditemui seorang pejalan kaki.
Individu berkenaan melaporkan penemuan remaja itu kepada pihak berkuasa dan mangsa dibawa ke hospital berhampiran. Apabila tersedar, mangsa hanya mampu menangis sebelum menceritakan kejadian kepada polis.
Susulan kejadian itu, polis menahan ibu bapa remaja itu yang berusia 50 dan 55 tahun serta abang mangsa berusia 25 tahun.
Jurucakap polis berkata, siasatan mendapati ibu bapa dan abangnya menentang hubungan cinta remaja berkenaan. Mereka cuba memujuk mangsa untuk tidak meneruskan hubungan itu, namun gagal.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ape la yg ade dlm hati diorg ni,
bela dari kecik pastu tergamak bunuh sbb anak nk kawin dgn pilihan sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Ini bkn pukul ank sindir menantu dh ni, ini benci menantu bunuh ank... |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak faham...kenapa tak bunuh saja bakal menantu...tapi pi bunuh anak sendiri...mak bapa gadis ni buat serupa beranak tak sakit dan tak penat cari duit nak bela anak sampai besar. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila anak perempuan dipandang tak berharga dah boleh diperlakukan sesuka hati macam tu ler jadinya. |
|
|
|
|
|
|
|
orang melayu pun ramai camni... lebih banggakan anak lelaki dan layan anak perempuan macam hape je... cuma alhamdulillah masih tak sampai tahap membunuh...
|
|
|
|
|
|
|
|
sarah82: aku tak faham...kenapa tak bunuh saja bakal menantu...tapi pi bunuh anak sendiri...mak bapa gadis ni buat serupa beranak tak sakit dan tak penat cari ...
Bakal menantu anak orang,silap2 boleh berparang,kayu hoki bagai dengan keluarga sana.ada baik bunuh anak sendiri,takde sapa boleh marah.
Tu kan ummah pujaan kel**ng forum. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak boleh hadam la tak suka pilihan anak sampai tergamak bunuh keluarga sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
baca tajuk jah dah bole teka negara mana
honour killing kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|