"Bestnya jadi frontliner, KKM pasang lampu biru, so kenyanglah anak bini sebulan."
Nampaknya, apa yang dilakukan kerajaan mendapat pelbagai respons daripada warganet. Ada yang bernas dan ada juga yang berbisa, sepertimana program Nyalakan Lampu Biru di Putrajaya oleh Timbalan Menteri Kesihatan 1 ini.
Bagi rakyat, ia bukan sekadar pembaziran tenaga elektrik dan wang ringgit, malahan tidak memberi erti kepada barisan hadapan (frontliner) yang berjuang bermati-matian menangani pandemik Covid-19.
Foto :FB
Bermula 12 hingga 15 November, bangunan dan persekitaran Putrajaya akan dinyalakan lampu biru sebagai tanda sokongan sebenarnya tidak membantu usaha kita menangani Covid-19 ini.
Sementelah ia juga satu pembaziran dan lebih menyemarakkan api kemarahan rakyat terhadap ahli politik.
Foto :Twitter
Foto : HafizRahim.com
Bagi warganet, daripada memasang lampu biru sebagai tanda sokongan, sepatutnya kerajaan menghargai frontliner dengan memberikan apa yang sepatutnya mereka dapat, sebagai contoh menyerap kakitangan perubatan kontrak sebagai kakitangan tetap.
Foto :Twitter
Banyak kepincangan berlaku di sana-sini. Mungkin di pihak pak Menteri, lampu biru itu sudah cukup untuk menghargai 'frontliner'. Anda rasa bagaimana? - CARI
|