CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8948|Reply: 67

Muntah Lepas Jatuh, Nourul Depp Terus Bawa Anak Buat CT Scan

[Copy link]
Post time 13-11-2020 02:51 PM | Show all posts |Read mode
Risau akan keselamatan anak lelakinya, Raphael Depp, penyanyi Nourul Depp berdepan detik mencemaskan apabila anaknya itu mulai muntah-muntah selepas terjatuh ketika bermain di kediaman mereka.


Menceritakan lebih lanjut kejadian yang berlaku pada petang Rabu itu, kata Nourul dia membawa anaknya untuk membuat imbasan di hospital berdekatan kerana risau perkara tidak diingini terjadi.


Kredit foto: IG




"Siapa yang ada anak lelaki yang suka panjat sana sini, lepas itu bedebuk jatuh?


"Ha ni Raphael Depp kelmarin. 5 petang jatuh lepas tu dia buat lena ja. Mak dia risau dah. Pak dia kata relaks, kalau tak muntah tak apa.


"Lepas 1 jam setengah muntah! Mak dia lari pergi hospital. Buat scan. Alhamdulillah tak ada apa-apa," kata Nourul.


  



Situasi bertukar menjadi mencuit hati apabila anaknya itu umpama menganggap tiada apa yang serius telah terjadi.


"Balik hospital tiba-tiba dia jerit 'good morning!'. Mak dia nak kena heart attack! Hang pasaipa?


"Maknanya normallah tu. Ya Allah cabaran tu mematangkan. Syukur dapat pelajaran berharga. Nasib ada insurans.


"Siapa pernah panik anak jatuh dan siapa pernah melalui pengalaman macam ni?" tambah Nourul lagi.


  



  



Soalan Nourul itu disahut dengan pelbagai respon dari pengguna Instagram yang turut berkongsi pengalaman menguruskan anak masing-masing yang tercedera ketika bersama mereka.


Dalam pada itu, Nourul menjelaskan anaknya itu mengalami muntah-muntah disebabkan tersalah makan beberapa jam sebelum kejadian tersebut dan bukannya berkaitan dengan insiden terbabit. -CARI


Sumber: Gempak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2020 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgnlah pakai singlet. Sebelum ni pun, dekat bodgos jugak, kau dicerca busuk sebab ketara ketiak ada kerak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 03:07 PM | Show all posts
tahu tak klau kita kawen ngan omputeh x semestinya kita pun jadi omputeh? anak kita mngkin separuh omputeh, tapi kita bleach la gumana pun tethappp
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 03:13 PM | Show all posts
Rengsa kadang nengok si nughul ni bersinglet 24 jam ngan tiak berkerak tu. Tau la mmg kaki workout tp still geli yach. Kalau panas pasang la ekon.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Lahai. Biaq pi la dia nk pakai apa pun. Dia bukannya jenis kasta bertutop ghambot.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree: Lahai. Biaq pi la dia nk pakai apa pun. Dia bukannya jenis kasta bertutop ghambot.


Bertutup rambut pun dah ada kasta2 ya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2020 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Busuk nya laki diaaaaa. Yg dok di bangga2 kan dulu. Pls lahhhh.
Dah anak kau takut sbb gigi tercabut n gum berdarah, kau tetap lah batakkkkk ambik phone. Bodoh punya hitam. Tinggal lah laki kau yg busuk tu kelam kabut nak stop the bleeding
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Workout tak benti pon tak kurus jugak... Makan herbalife pon masih buncit jgk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2020 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
boleh buat wassap group dgn yatt sejadah
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
setahu aku ct scan ni utk check internal organ2 semua.. just in case takut ada kanser semua tu la.. nape dia x pegi xray je utk check ada tulang2 patah ka..

ada sapa2 bole bg pencerahan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 05:09 PM | Show all posts
dia ni jgn di usik. satgi up kat kat IG tu. kuat menjawab
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak aku pon pnh muntah lps jatuh terhentak kpala.. 20x muntah.. masuk ward pemantauan.. esok tu x muntah dh.. x jd buat ct scan

Aku pernah la buat.. 2x
1st msa Jah 5.. sakit kpala
2nd dh kja.. migraine hari2
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Uish ayu dah kurus ek.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 05:57 PM | Show all posts

ayu ni bukan ker budak pandai..
dulu SPM 9A
apa cer skrg? dia belajar kat U ker camna tu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
laksmanabentan replied at 13-11-2020 05:57 PM
ayu ni bukan ker budak pandai..
dulu SPM 9A
apa cer skrg? dia belajar kat U ker camna tu?

Ha yg tu i x pasti plk
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
laksmanabentan replied at 13-11-2020 05:57 PM
ayu ni bukan ker budak pandai..
dulu SPM 9A
apa cer skrg? dia belajar kat U ker camna tu?


Dia kat unimas, ambik sains akuatik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2020 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknya Ayu. Hari tu ambik asasi sains kat UM. La ni tak tau mana
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah korang ni. Niqab tak kena tudung tak kena baju tak kena seluar dalam tak kena singlet tak kena
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik plak anak dia ngan Ajai ek. Anyways, ramai jerk yang kawen mat salleh jadik lebih Mat Salleh, minum alcohol terlebih, cakap kuat2 suh orang pandang kat dia walau dekat Embassy events.
Yang duk France dengan anak down sindrom tu aku respek, dok jauh, masih sopan akak tu.
Yang ni kapel poyo, kekonon humble, pigiiii dah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Translate French to Malay....
Tidak perlu risau. Semua dlm keadaan baik. Dihospital untuk pemeriksaan lanjut.
Hebatkan mak...ungat die sorg pandai ckp french
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.052911 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list