View: 16274|Reply: 107
|
Fesyen Pelik Aina Abdul Jadi Bahan Umpatan
[Copy link]
|
|
Meskipun kemampuan vokal penyanyi Aina Abdul tidak dapat dipertikaikan lagi, namun ramai pihak yang mempersoalkan fesyen unik yang seringkali digayakannya dalam mana-mana acara hiburan.
Walaupun ada yang memuji, namun tidak kurang juga komen yang mengeji sehingga pemilik nama sebenar Nurul Aina Abdul Ghani ini menyedari perkara itu.
Foto: IG
Aina berkata, rupa dan penampilannya memang sudah lama diperkatakan netizen sejak dia mula bergelar artis.
Tidak mengambil pusing setiap komen negatif, Aina mengakui lebih selesa dan masih berpegang prinsip menutup aurat.
"Setiap acara yang dihadiri, saya akan pakai busana yang bersesuian dengan majlis. Saya sebenarnya seorang yang ringkas dan hampir setiap hari memakai pakaian berwarna hitam.
"Namun, kalau saya menghadiri majlis, saya tampilkan yang sehabis baik daripada segi penampilan sebab di situ sahaja saya boleh bereksperimentasi.
"Saya bukan pandai berfesyen terutama membabitkan permainan warna pakaian," katanya.
Menurut Aina, dia sering menjadikan selebriti antarabangsa seperti Lady Gaga sebagai rujukan dalam berfesyen, namun masih mengikut kesesuaian diri.
"Saya tidak boleh pakai pakaian ketat sebab bentuk tubuh agak berisi. Jurugaya pun sudah faham dan corak fesyen yang boleh menutup kelemahan dan menonjolkan kelebihan saya," katanya.
Single tak menjadi?
Kejayaan single Sumpah dan Semalam membawa jenama yang ampuh buat diri Aina.
Bagaimanapun, menerusi single terbaharunya berjudul Maybe dan Kelip-Kelip, populariti lagu itu tidak serancak seperti diharapkan.
Optimis dengan lagu yang dihasilkannya, Aina menjawab mengenai kritikan yang mengatakan dirinya sengaja merosakkan bahasa kerana penggunaan bahasa rojak dalam lagu terbabit.
Bagaimanapun, sebagai penulis lagu, Aina tidak berasakan perkara itu melanggar etika penulisan lirik lagu.
"Setiap penulis lirik sentiasa mahu mencari kelainan dalam setiap karya yang dibawakan. Lagipun bukan mudah nak cari resipi yang terbaik untuk halwa telinga pendengar.
"Jika nak bercakap mengenai penggunaan bahasa yang bercampur itu, saya faham ada pihak yang sensitif. Tambahan pula, ibu saya adalah guru bahasa Melayu.
"Namun apa yang ditampilkan adalah sisi berbeza lagu yang pernah saya bawakan sebelum ini selain ingin bereksperimentasi dalam karya. Lagipun isu 'lagu rojak' bukan perkara baharu dan ada beberapa artis lain yang pernah menghasilkan lagu sedemikian," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dia ni memang fesyen haukk pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salunya ai tgk fesyen pelik gini dalam anime Bleach,set2 hueco mundo,geng2 arrancar..bawah kelolaan aizen-sama{:love
Tp kan,bab "menutup aurat" tu,ai doubt dat laa..sorry to say...n dia ni masih lg rasa diri gemuk or saja nak sindir netz y pernah keji dia sbb gemuk tu?tgk mcm xde laa gemuk pn.. |
|
|
|
|
|
|
|
Just be yourself aina..suara tip top dah. Imej tu kena jaga. Kalau dah popular meletop kau memang dbom...pakai apa pun orang akan puji dikkk. Ni baru nak menapak. Pakai baju simple yet elegant pun ok. Ni nampak pemakaian dan gaya nampak tua dari umo... |
|
|
|
|
|
|
|
"Saya tidak boleh pakai pakaian ketat sebab bentuk tubuh agak berisi. Jurugaya pun sudah faham dan corak fesyen yang boleh menutup kelemahan dan menonjolkan kelebihan saya," katanya.
Kalau dah perasan benda ni...Apa kata cuba kuruskan badan. Lagi banyak fesyen yang boleh masuk. Tapi tengok Sherry Alhadad tu..pandai je dia bergaya even badan tak berapa langsing.
Sebagai artis, imej salah satu benda yang amat penting ye..Kalau tak..setaraf je la dengan netizen. |
|
|
|
|
|
|
|
Sheols sajak baju Bunga Raya Masked SInger je...
Yg lelain sumer mmg mintak kene lahar. Kata suh dengar sore je tak yah nak tgk visual. Tapi kalau you da muncul kat tb penuh HD (time abp ritu), susah laaaa....
Go hire a proper stylist dekkkk. Sayang psl sore da tiptop dan size badan tu ok la da comel. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu tak salah bahasa inggeris dan melayu bercampur dalam lagu adalah tak dibenarkan..
zaman rock kapak, siti baru mendunia dulu..
masuk zaman too phat FT and komposer bbnu acah urban cakap english baru la nampak pandai and bandar, terus caca marba..
tak caya cuba dengar lagu rock kapak 90an, lagu siti misha seangkatan..
lirik semua melayu tak ada rojak-rojak..
|
|
|
|
|
|
|
|
mangsa pereka fesyen |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 16-11-2020 11:18 AM
dulu tak salah bahasa inggeris dan melayu bercampur dalam lagu adalah tak dibenarkan..
zaman rock k ...
kru dulu klu part rapbor english
terus kena mute
paatu ingat lagi edry kena fight for sbb lyrics dia campur ..
ni bolwh plak si aina nyanyi twinkle2
sakit plak hati aki |
|
|
|
|
|
|
|
Patut la fesyen pelik2...Lady Gaga yg dijadikan bahan rujukan..ummah sana sndri rmai yg x suka fesyen Gaga tu..ummah Malaysia yg sedikit conservative ni lagi la.
|
|
|
|
|
|
|
|
Taste pesen the next lofa ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ni fesyen yang paling pelik... |
|
|
|
|
|
|
|
Seluar dia voka mania mggu lpes ketat kot.. Nmpak bontot |
|
|
|
|
|
|
|
Ala tp biarlah.. x kan semua penyanyi wanita bertudung nk kena cliche mcm siti, wany hasrita bla bla.. bosan.. terselit sorang yg fesyen hauk mcm ni boleh gak jd bahan mengata. |
|
|
|
|
|
|
|
Netizen ni, kalua x mengata… mmg tak boleh |
|
|
|
|
|
|
|
hapo fesyen blazer hitam dengan ropol biru tuh.. dah macam bulu2an keluar dari tetekk je |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian dengan fesyen macam tu memburukkan lagi imej. Harap semoga lepas ni lebih cerdik sikit dan berani bersuara dengan apa dress yang patut dipakai. Jangan main sarung je sampai nampak berlebihan dan over. |
|
|
|
|
|
|
|
memang baju baju sheols hauk teruk. tengok vokal mania semalam ke kelmarin aiyooooo. hauk sungguhhh baju sheolsss. |
|
|
|
|
|
|
| |
|