View: 18250|Reply: 112
|
Cat Farish Kahwin Kali Kedua
[Copy link]
|
|
"Sepanjang empat tahun kenal, kami tak pernah keluar berdua dan bercinta. Jadi, mulai hari ini kami nak melalui 'moment' itu bersama," kata penyanyi dan pelakon, Cat Farish, 46, yang melangsungkan pernikahan dengan Suriani Hassan, 34, dengan hanya sekali lafaz, hari ini.
Pasangan itu bernikah di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Negeri Sembilan jam 9.30 pagi mengikut prosedur operasi standard (SOP) iaitu dengan hanya membabitkan pengantin, bapa Cat dan bapa pengantin perempuan.
Pada majlis itu, Cat atau nama sebenarnya Farrish Zaquan menyerahkan mas kahwin RM300 beserta wang hantaran RM10,000, manakala dulang hantaran daripada kedua belah pihak akan diserahkan pada majlis yang akan diadakan dalam waktu terdekat.
Foto: IG
Cat yang juga anggota kumpulan Ruffedge berkata, dia sudah tidak sabar untuk berkongsi kasih sayang dan cinta dengan isterinya.
"Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Tidak ada rasa gementar pun sebab sudah bersedia lama.
"Sepanjang empat tahun ini kalau keluar pun mesti dengan kawan-kawan atau terserempak. Pertama kali jumpa pada Ekspo di Terengganu. Kedua pada Anugerah Industri Muzik (AIM) dan kali ketiga dua tahun lalu. Selepas saya merisik pada 20 September lalu baru keluar sekali. Itu pun bukan berdua," kata Cat yang juga bapa kepada tiga anak.
Cat berkata, dia mula membuka hati untuk berkahwin kali kedua selepas sambutan Aidilfitri lalu.
"Sepanjang empat tahun itu kami hanya berbalas mesej saja. Itu pun kalau rasa nak mesej, baru mesej. Tidak ada rasa apa pun. Saya mula cakap nak cari penggantj lepas raya tempoh hari. Saya cakap, kalau saya dengan awak, nak kahwin terus. Dia pun balas, kalau betul nak masuklah meminang. Itu yang saya terus hantar rombongan merisik," katanya.
Ditanya mengenai penerimaan tiga anaknya terhadap perkahwinan baru itu, Cat berkata, semua anak merestuinya.
"Dia tahu saya duda dan pernah jumpa anak waktu lepas merisik. Dia okay menjadi ibu segera. Malah, anak-anak pun okay. Alhamdulillah, bekas isteri pun bagi sokongan pada anak-anak untuk terima mak baru mereka," katanya.
Cat pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli dan bercerai pada April 2016.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 12, Eva Latheefa, 10, dan Qul Iskandar, 9. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah walaupub org prmpuan ni kalau usaha kurus nampak lawa org laki usaha kurus awat nampak tua ek |
|
|
|
|
|
|
|
Till jannah.. Learn from previous mistakes gittew |
|
|
|
|
|
|
|
Bypass ke dia ni? Skin sagging teruk sangat nampk, klu exercise takda la teruk mcm u sekali |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah.. Semoga kekal hingga ke jannah. |
|
|
|
|
|
|
|
Daddy2 sgt si cat ni. Tahniah kpd mempelai. |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas kurus nampak makin tua.. yess dia buat bs |
|
|
|
|
|
|
|
Lain dah cat farish ni.
Isteri baru ada meh2 muka isteri lama.
|
|
|
|
|
|
|
|
nazzse replied at 21-11-2020 11:34 AM
Bypass ke dia ni? Skin sagging teruk sangat nampk, klu exercise takda la teruk mcm u sekali
Gigih iols buka ig dia nak tengok gambar n video2 dia.
Kalau tengok video lagi laa muka dia lagi kiut senarnya masa chubby dulu asalkan tak buncit ok dah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aiyo.. Tudung pengantin tu.. Pelik2 je |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah...semoga kekal ke Jannah |
|
|
|
|
|
|
|
nazzse replied at 21-11-2020 11:34 AM
Bypass ke dia ni? Skin sagging teruk sangat nampk, klu exercise takda la teruk mcm u sekali
sama mcm man raja lawak tu... muka dh mcm homeless.. tak terurus.. org klau dh kurus, nmpk lah wangi nya... cat dgn man 2-2 muka tak sihat |
|
|
|
|
|
|
|
congrats Cat..tringat masa Ruffedge tgh mendunia lepas lagu Tipah Tertipu dulu..dia bgtau iols gf dia budak law..nampak he was so proud of her..tapi tu la, sayang jodoh x panjang..takdir penentu segala kan (dtg lagu Tok jamal plak dah) |
|
|
|
|
|
|
|
ptt tgk status wssp kwn ofis psl ni..agaknya cat farish ni kwn dia la kot eh..tak tau pulak dia ni duda...dulu dia gemok kan..tp cute |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah la
Jaga rumahtangga baik2 |
|
|
|
|
|
|
|
Muka bini dia cam Camelia...
|
|
|
|
|
|
|
|
Cat Farish buat pembedahan bariatrik November 2019.. macam penyanyi Aisyah tu. |
|
|
|
|
|
|
|
isteri baru dia ada iras2 tini pulak |
|
|
|
|
|
|
| |
|