CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1323|Reply: 2

[Jenayah] Militan Daesh Bunuh 4 Penganut Kristian Di Indonesia, Motif Serangan Tak Jelas

[Copy link]
Post time 28-11-2020 11:27 PM | Show all posts |Read mode
Polis memeriksa lokasi serangan dipercayai dilakukan militan Daesh di Sulawesi Tengah. - Foto EPA



PALU: Ekstremis yang berkaitan dengan Daesh membunuh empat orang dalam komuniti Kristian terpencil di pulau Sulawesi Indonesia, kata pihak berkuasa hari ini, dengan satu mangsa dipenggal dan seorang lagi dibakar hingga mati.
Kumpulan penyerang yang menggunakan pedang dan pistol menyerang kampung Lembantongoa di provinsi Sulawesi Tengah pagi semalam, membunuh beberapa penduduk dan membakar enam rumah, termasuk satu yang digunakan untuk beribadat dan khidmat biasa, kata polis.

Belum ada tangkapan yang dilakukan dan motif serangan itu tidak jelas.

Namun, pihak berkuasa menuding jari kepada Mujahidin Indonesia Timur (MIT) yang berpusat di Sulawesi, salah satu dari puluhan kumpulan radikal di seluruh kepulauan Asia Tenggara yang telah berjanji setia kepada Daesh.

Indonesia, negara majoriti Muslim terbesar di dunia, telah lama bergelut dengan serangan militan dan keganasan Islam, sementara Sulawesi Tengah telah menyaksikan keganasan berulang antara orang Kristian dan Muslim selama beberapa dekad.

"Kami membuat kesimpulan bahawa mereka (penyerang) berasal dari MIT selepas menunjukkan gambar anggotanya kepada saudara-mara mangsa yang menyaksikan serangan itu," kata ketua polis daerah Sigi, Yoga Priyahutama.

Gereja sementara itu kosong ketika serangan awal pagi oleh sekitar lapan militan, tambahnya.

"Orang ramai berada di rumah mereka ketika kejadian," kata Priyahutama.

Ketua kampung Lembantongoa, Rifai, yang seperti kebanyakan orang Indonesia hanya menggunakan satu nama, mengatakan seorang mangsa dipenggal dan yang lain hampir dipenggal.

Seorang mangsa lelaki lain ditikam, manakala yang keempat dibakar hingga mati di rumahnya, tambahnya.

"Beberapa penduduk berjaya melarikan diri, tetapi mangsa tidak berjaya," kata Rifai kepada AFP.

Umat Kristian Indonesia telah menjadi sasaran pada masa lalu, termasuk pada 2018 ketika kumpulan yang dikaitkan dengan Daesh Jamaah Ansharut Daulah melancarkan gelombang pengeboman bunuh diri oleh keluarga - termasuk anak-anak - di gereja-gereja di kota kedua terbesar di Surabaya, yang membunuh belasan penganut.




Sumber - AFP/bharian.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2020 01:28 AM | Show all posts
pelik betul kalau radikal islam terus ada nama2 label pertubuhan teroris tapi kalau agama lain gerak solo macam bunuh orang kat masjid NZ dulu dilabel sebagai penyerang bersenjata...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 11:32 AM | Show all posts
Orang selalu nampak islam je militan ni. Macam kat thailand, myanmar, china dan lain2 tu takpe pula bila orang islam ditindas.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.267093 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list