Lain manusia, lain ragamnya. Begitu juga dengan wanita ini yang sanggup mengaku kononnya menderita kanser terminal.
Kredit foto: Daily Star
Lebih teruk, Toni Standen, 29, turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan penipuan itu lebih nyata, lapor Daily Star.
Perbuatan itu berjaya memperdaya rakannya sehingga ada yang bersimpati dan menaja majlis perkahwinannya.
Salah seorang rakannya, Cheryl Aston (bawah, kanan)
Kredit foto: Daily Star
Di Facebook, dia turut memuat naik kenyataan bahawa hayatnya hanya berbaki dua bulan lagi. Namun, tidak lama kemudian, rakan-rakan mula menghidu penipuannya.
Kredit foto: Daily Star
Bagaimanapun, dia tampil dengan idea baharu, kononnya dijangkiti Covid-19 pula. Pun begitu, segala-galanya terbongkar sehingga menyebabkan rakannya berang.
Toni dan suaminya, James
Kredit foto: Daily Star
Malah, salah seorang rakan yang menderma wang mendakwa lakonan wanita itu boleh melayakkan dia untuk memenangi Anugerah Oscar.
Sumber: mStar |