CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1846|Reply: 2

[Tempatan] Kapal OPV Milik APMM Hampir Siap

[Copy link]
Post time 1-12-2020 03:54 AM | Show all posts |Read mode





(DEFENCE SECURITY ASIA) – Di dalam tempoh terdekat ini, kapal Offshore Patrol Vessel (OPV) milik Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang sedang dibina dijangka siap sepenuhnya bagi membolehkan agensi negara itu menguatkuasakan undang-undang maritim negara dengan lebih berkesan.
APMM bakal dilengkapi dengan tiga buah kapal OPV yang baharu, dengan yang pertama tidak lama lagi manakala dua lagi pada tahun depan.







Kapal OPV yang direkabentuk mengikut rekaan Damen 1800 itu berkeupayaan melaksanakan operasi di laut dalam tempoh maksimum 21 hari tanpa ulang bekal.

Kapal OPV milik APMM ini berukuran 83 meter panjang dengan 13.7 meter lebar dan berkemampuan melakukan pengawasan jarak jauh sehingga ke kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) serta kawasan di luar jangkauan kapal-kapal kecil. Kapal-kapal OPV itu dibina oleh THHE-Destini dengan kontrak telah dianugerahkan pada 2017.







Ia bakal dilengkapi dengan meriam, berkelajuan 21 knot dengan dilengkapi fasiliti seperti tapak pendaratan helikopter, bot jenis Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) dan bilik rawatan serta bilik tahanan.

Kapal OPV ini juga didatangkan bersama radar X dan ‘S band’ bagi memastikan rondaan mampu bergerak secara meluas serta boleh menempatkan 70 orang anak kapal dengan 20 penumpang dalam satu masa bagi melaksanakan operasi di laut.







Selain itu, Menteri Dalam Negeri baru-baru ini juga menyatakan,  Kementerian Dalam Negeri juga dalam proses memajukan permohonan bagi perolehan Multi Purpose Mission Ship (MPMS) atau kapal induk yang dilengkapi dengan peralatan canggih berteknologi tinggi serta berkemampuan membawa 6 unit fast interceptor craft dan UAV.










Sumber : — DEFENCE SECURITY ASIA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2020 09:45 AM | Show all posts
Nampak canggih dan mantap.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 09:55 AM | Show all posts
kapal ke-2 dan ke-3 buat kat mana? x nampak pun kt tepi2 dia....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.201171 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list