View: 5850|Reply: 34
|
Rintihan Anakku Sazali, "Bayaran Royalti Berkurang"
[Copy link]
|
|
Di sebalik sifatnya yang ceria, ada duka yang tersimpan jauh dalam lubuk hati insan ini.
Biarpun cuba menyembunyikannya, riak wajah yang dipancarkan cukup menterjemahkan segala-galanya.
Bukan niat menagih simpati, namun, bagi anak Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Sazali, amat sukar menafikan hakikat hidup yang disifatkan sukar dan mencabar.
Kredit foto: Berita Harian
Sazali berkongsi kesihatan diri kurang mengizinkan apabila mengalami darah tinggi dan asma. Tidak cukup itu, kecederaan kaki kanan akibat kemalangan, tahun lalu, menyebabkan Sazali terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan.
Pergerakannya terbatas lantas menyukarkan untuknya keluar bekerja.
"Beginilah kehidupan saya sekarang. Selepas terbabit dalam kemalangan Disember tahun lalu, kaki kanan saya mengalami kecederaan serius hingga dimasukkan besi.
"Apabila menggunakan tongkat, bermakna pergerakan saya semakin terhad. Hendak keluar ke mana-mana pun, agak sukar apatah lagi untuk bekerja.
"Bagi menampung kehidupan harian, saya mendapat bantuan bulanan Pusat Zakat Selangor (PZS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Harga barangan dapur semakin tinggi. Saya juga perlu membiayai kos rawatan penyakit termasuk isteri yang mengalami masalah tulang belakang dan kos pengangkutan ke hospital.
"Ini membuatkan jumlah bantuan RM750 yang diterima daripada dua badan terbabit, tidak mencukupi," luahnya kepada BH Online.
Kredit foto: Berita Harian
Ibarat pepatah sudah jatuh ditimpa tangga, nasib Sazali, 62, semakin parah apabila jumlah royalti yang diterima daripada Badan Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) bulan lalu, dakwanya, merosot 90 peratus.
"Sebelum ini, jumlah kutipan banyak. Namun, pembayaran diterima bulan lalu cukup mengejutkan. Jumlah diagihkan berkurangan 90 peratus.
"Sudah tentu, saya kecewa dengan apa yang berlaku. Walaupun dapat royalti setahun sekali, agihan ini dapat menampung kehidupan saya dan isteri.
"Saya harap kemelut yang melanda badan kutipan royalti dapat diselesaikan segera agar hak penggiat seni dapat dibela," katanya yang pernah bekerja di Alam Flora sebelum menamatkan khidmatnya, lebih sedekad lalu.
Enggan kenyataan disalah erti mana-mana pihak, Sazali yang pernah muncul dalam filem Ahmad Albab ketika kecil, menegaskan, luahan berhubung agihan royalti itu bukan bermakna dirinya tidak menghargai apa yang diberi, sebaliknya, sekadar mempertahankan hak.
"Saya bersyukur dengan bayaran diberi. Cuma, sebagai pewaris, sudah tentu saya hendak tahu apa yang membuatkan jumlah kutipan merosot tahun ini," ujarnya ditemui pada program Ziarah FINAS Prihatin 2.0 di kediamannya di Semenyih, Selangor, kelmarin.
Pada program itu, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Zakaria Abdul Hamid menyerahkan sumbangan kepada Sazali.
Walaupun arwah bapanya yang dipanggil 'Daddy' meninggal dunia ketika usianya masih kecil, namun, menurut Sazali, ingatannya terhadap P Ramlee tidak pernah terpadam.
Malah, setiap kali melihat lakonan Allahyarham di kaca televisyen (TV), air matanya mengalir menandakan betapa rindu terhadap terhadap insan yang banyak berjasa kepada industri seni tanah air itu.
"Banyak kenangan manis yang saya lalui bersama Daddy. Saya ingat lagi, ketika saya menjalani penggambaran di Batu Caves untuk filem Ahmad Albab.
"Ketika itu, saya diarahkan untuk memegang watak anak jin. Masuk sahaja ke dalam gua, keadaan gelap gelita hingga menimbulkan rasa takut.
"Melihat keadaan saya, Daddy memasang lampu dan suasana menjadi terang benderang. Barulah hilang rasa takut dan selesa untuk berlakon.
"Tak dinafikan, setiap kali menyaksikan karya arwah di kaca TV, saya pasti akan menangis kerana rindu.
"Apabila perasaan itu datang, saya akan sedekahkan surah Al-Fatihah buatnya. Selain itu, saya ada sekeping lukisan pemberian seorang peminat yang memaparkan wajah saya bersama Daddy.
"Lukisan itu saya abadikan di ruang tamu dan menjadi pengubat lara setiap kali rasa rindu bertandang," katanya tersekat-sekat menahan sebak.
Menjalani kehidupan berdua bersama Hamidah Hitam, 58, lebih tiga dekad lalu, Sazali dan isteri akur dengan ketentuan tidak dikurniakan cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga.
Namun, itu bukanlah alasan rasa cinta yang disemai selama ini, layu.
"Mungkin sudah bahagian kami untuk tidak dikurniakan zuriat. Kami terima itu sebagai suratan takdir.
"Alhamdulillah, rumah tangga yang kami bina sejak lebih tiga dekad lalu, bahagia. Biarpun masing-masing tidak sihat, kami saling menjaga antara satu sama lain," katanya yang bersyukur dikurniakan Hamidah sebagai teman hidup. -CARI
Sumber: Berita Harian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dr zulkifli ada melawat sazali haritu
@bosssusu |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa agknya die dpt sblm drop 90% tu
Share jgk dgn waris arwah Nasir p ramlee jgk kn
|
|
|
|
|
|
|
|
sazali ni takde anak kan... or waris yg boleh jaga dia?
nasib baik jabatan kebajikan dgn zakat ada hulur... |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu. Kehidupan org berbeza. Mcm mna la aku nanti dihujung usia kalau sipanjangkan umur. Allahurabbi |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih plak takde anak dahla dedua pun dah uzur teringat jiran kat kg kawen dah 40 tahun lebih rasanya kawen pun tidak dikurniakan anak juga.
Dedua laki bini org jawa johor. Iols panggil dorang wak.
Wak yg perempuan dulu bila period tak keluar rumah seminggu sbb senggugut teruk. Tp alhamdulillah dapat suami yg sgt baik, walaupun tak dikurniakn anak tetap setia bersama.Gi mana2 selalu berdua.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dian
nassir
sazali
who else anak legend p ramlee |
|
|
|
|
|
|
|
Dian dan Sazali bukan anak angkat ker? Dapat royalti juga? I ingat anak kandung jer dapat. Cost of living sekarang memang tinggi. RM750 sebulan memang tak cukup.
Tapi bayangkan berapa ramai mereka yang daif tak dapat apa2. Nasib ada bsn boleh beli beras at least tak kebulur. |
|
|
|
|
|
|
|
X silap ank betul p.ramlee Nasir dgn sorang lagi sapa tah...tapi sorang lg tu x nah tgok ...x pnah muncul rasa meninggal muda... Sazali...Dian... Sume ank angkat..x silap Dian ank Jepun yg p.ramlee adopt..... |
|
|
|
|
|
|
|
mrsLucky: Dian dan Sazali bukan anak angkat ker? Dapat royalti juga? I ingat anak kandung jer dapat. Cost of living sekarang memang tinggi. RM750 sebulan mem ...
Betul sgt ... Skrg rumah buruk nk roboh pon sewa dlm 500 keatas..untung lah sapa dh beli rumah 20 tahun dlu ... Yang skrg bru tergedik nk beli rumah mmg x payah la.... Sewa je lah sampai mati ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasir dh lama mninggal dunia, Innalillah, smoga d tmptkn d klgn org2 yg Soleh.
|
|
|
|
|
|
|
|
dari muda smpai ke tua, duk meratib pasal idup susah n xdpt roayalti je.., kesian... |
|
|
|
|
|
|
|
Mudah2an iol dpt suami camni nnti, susah sng ttap brsma2. Amin2 YRA. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg ni dh sakit kak Kiah oi.
|
|
|
|
|
|
|
|
gideoncross replied at 6-12-2020 10:28 AM
Dian bukn org Chinese ke?
X sure lah tp org lelama punya gosip ckp dia ank Jepun |
|
|
|
|
|
|
|
Ohh anak angkat..semoga sazali diberi kesihatan baik dan murah rezeki. Royalti ni yg acik shiela majid pegang kan. 90% merosot banyak tuuuu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ketika Nasir Masih hidup ,pihak pemberi royalti mendakwa dah agihkan RM5 juta .Tak pasti dapat berapa waris P Ramlee semua . |
|
|
|
|
|
|
|
SKUTIL replied at 5-12-2020 08:09 PM
X silap ank betul p.ramlee Nasir dgn sorang lagi sapa tah...tapi sorang lg tu x nah tgok ...x pnah m ...
Sorang lagi Arfan ,meninggal tahun 1998 .Lahir 1954.Nasir lahir 1953 .Meninggal 2008 . |
|
|
|
|
|
|
| |
|