View: 1731|Reply: 7
|
Pengamal Perubatan Alternatif 'Rawat' Buatan Orang Dengan Cabul, Cekik
[Copy link]
|
|
Polis menahan seorang lelaki, petang kelmarin selepas dia dipercayai mencabul jurujual wanita ketika mendapatkan rawatan perubatan alternatif.
Suspek yang juga peniaga berusia 52 ditahan kira-kira jam 4 petang selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, kejadian dipercayai bermula pada 22 November lalu selepas mangsa berusia 30 tahun mendapatkan rawatan perubatan dengan suspek yang kononnya pengamal perubatan alternatif.
Gambar hiasan
Katanya, suspek mendakwa mangsa terkena buatan orang dan meminta izin mahu memegang mangsa untuk perubatan.
"Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa membenarkan suspek memegangnya dan ketika itu suspek dikatakan mengambil kesempatan mencabul mangsa selain turut mencekik leher mangsa.
"Sebaik selesai menjalani rawatan itu, suspek memaklumkan yang dia akan datang ke rumah mangsa lagi untuk melihat keadaan rumah bagi tujuan rawatan.
"Mangsa sekali lagi mendapatkan rawatan dengan suspek pada 24 November lalu dan selepas rawatan, suspek meminta izin untuk mencium mangsa namun mangsa tidak membenarkan suspek berbuat demikian," katanya.
Mohd Adli berkata, mangsa yang curiga dengan rawatan dilakukan suspek pergi ke sebuah pusat perubatan untuk bertanya mengenai proses rawatan dilakukan suspek.
Katanya, mangsa dimaklumkan suspek sudah digantung tugas dan pihak pusat perubatan itu meminta mangsa membuat laporan polis.
"Mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Berang Khamis lalu dan suspek kini direman empat hari sehingga Rabu depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul," katanya.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berubat alternative ni apa ke bendanya? Jantan pakai kopiah pegang tetek sambil dengar lagu Nirvana ke?
Nape tak pegi jumpa doktor kat spital je sis? |
|
|
|
|
|
|
|
Nak mengubat apa plak sampai nak cium2. Dasar pervert! |
|
|
|
|
|
|
|
Tolonglah wahai perempuan, kalau kemurungan pergilah dapatkan nasihat doktor dan kaunseling, dapatkan rawatan yang klinikal, bukan pergi kat dukun bomoh pakai topeng ustaz ni. Tinggi sangatkah ilmu mereka dapat mengubati kemurungan. Tak pasal-pasal dapat benih free.
Kalau nak elak dari terkena buatan orang, banyak-banyakkan amalan. Syaitan pun takut nak dekat kalau kau jaga amalan. There is no shortcut to recovery. |
|
|
|
|
|
|
|
miang nau tercium2 mesti busuk |
|
|
|
|
|
|
|
Perangai level2 dai syed lah ni. Ambil kesempatan sebab kesangapan |
|
|
|
|
|
|
|
Testosterone laki Ganu memang tinggi2 ya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|