View: 3844|Reply: 19
|
Siti Sarah Disangka Hamil Gara-Gara Badan Berisi
[Copy link]
|
|
Gara-gara mengalami perubahan fizikal yang semakin kelihatan berisi, penyanyi Siti Sarah dihujani ucapan tahniah kerana disangka hamil.
Malah, suaminya yang juga penyampai radio Hot FM, Shuib turut membeli ujian kehamilan bagi membuktikan perkara itu.
"Dia gembira dan terus beli alat ujian kehamilan beberapa hari sebelum saya buat persembahan pada program Lagu Cinta Kita 2. Saya faham dia teruja.
"Kemudian apabila tengok hasilnya, dia terus cakap saya hamil. Tapi rupanya tidak sebab yang muncul hanya satu garis. Saya tidak letak harapan untuk hamil lagi, tapi saya tidak menolak kalau Allah berikan rezeki zuriat," katanya.
Mengenai perubahan berat badannya hingga menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat, penyanyi lagu Manis itu menjelaskan ia berpunca kesan perubahan hormon serta pengambilan ubat-ubatan sejak dua tahun lalu.
Foto: IG
"Saya mengalami perubahan hormon yang agak ketara sekali gus mengalami peningkatan berat badan secara mendadak. Jujurnya, situasi ini berlaku lebih dua tahun lalu iaitu ketika saya berdepan masalah 'anxiety'.
"Sejak itu, saya mula sedar berat badan meningkat lebih 20 kilogram. Spekulasi ramai yang mengatakan saya hamil adalah tidak betul. Apapun, terima kasih kepada peminat yang peka dengan perubahan fizikal saya.
"Saya juga tidak tahu untuk beri reaksi bagaimana apabila ada yang menyangka saya hamil. Bagaimanapun, saya sayangi diri ini dalam apa sahaja rupa bentuknya," katanya.
Dalam perkembangan lain, Sarah muncul dengan single duet bersama Hazama, Terakhir Buat Teman.
Melodi indah yang diciptakan Allahyarham Lok U atau nama sebenarnya Faizal Uzir pada awalnya adalah untuk mengenang kedua orang sahabatnya yang pergi menghadap Ilahi terlebih dahulu.
Lagu hasil ciptaan Lok U bersama Aji sebagai tanda mengenang Allahyarham Kelly yang terlebih dahulu pergi meninggalkan mereka.
Pun begitu, lagu itu tidak sempat disiapkan apabila Aji meninggal dunia dan Lok U ketika itu cuba menyiapkan lagu berkenaan, namun dia juga meninggal dunia pada 22 Januari lalu.
Seterusnya bersama Indigital Music, proses pembikinan diteruskan Genervie bersama pemain gitar, Emi, manakala lirik oleh Iman Imran.
Pada majlis pelancaran single itu, Sarah dilihat terlalu sebak mengenangkan kisah persahabatannya bersama Allahyarham Lok U.
Menurut Sarah, dia terpaksa mencari kekuatan untuk terus menyanyikan lagu itu yang mana dia enggan meletakkan sepenuh perasaannya kerana khuatir tidak dapat meneruskannya.
"Memang saya antara orang paling terkesan apabila Lok U meninggal dunia. Kami pernah 'jamming' sama-sama untuk menyiapkan lagu yang ditujukan buat dua rakan yang lain.
"Tapi akhirnya dia pergi tanpa pesan. Saya bersyukur kerana ramai rakan Allahyarham mahu turun padang dan menyiapkan juga karya ini. Setidaknya saya mampu tersenyum apabila hasratnya untuk menghasilkan lagu disambung oleh yang lain," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya kisah disebalik lagu tu. buat utk kawan yg dah meninggal, skali dua2 yg buat tu pun meninggal juga |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk kat melodi hr tu mmg nmpk she put on weight.tp beza sungguh yer kulit,wajah dia skrg? |
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimanapun, saya sayangi diri ini dalam apa sahaja rupa bentuknya
Iols senyum sinis jah part ni. |
|
|
|
|
|
|
|
nyampah..
both of you laki bini... cancel |
|
|
|
|
|
|
|
kakak iparku kena anxiety jd kurus kot, telan mcm2 ubat doc bg... |
|
|
|
|
|
|
|
Anxiety 2 tahun lepas, berat naik mendadak.
Sheols tau tak maksud mendadak tu apa?? |
|
|
|
|
|
|
|
cruz2 replied at 7-12-2020 03:51 PM
Tgk kat melodi hr tu mmg nmpk she put on weight.tp beza sungguh yer kulit,wajah dia skrg?
Hari tu member amik gmbr dgn dia.. Dlm IG/soc med mmg nampak lawa, tp bila org lain amik gmbr, x lah seperti yg kita tgk.. Still biasa2 je |
|
|
|
|
|
|
|
Stress..makan..stress...makan..kot?
Kan byk isu dia laki bini sebulan dua ni |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu kurus coz nak jual ubat kurus kan.
Dah jual madu, xyah kurus dah |
|
|
|
|
|
|
|
kasut lawa.. tapi seram tgk Sarah pakai. takot tak stabil je.. kasut tumit tinggi runcing halus.. harap tidak terpelecok menampung beban berat badan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kapel paling hot di Malaya kah? Hari2 ada citer depa. |
|
|
|
|
|
|
|
pegi mamfos I muak hokeh muakkkk |
|
|
|
|
|
|
|
mieymiey replied at 7-12-2020 03:57 PM
Iols senyum sinis jah part ni.
Padahallll dah overhaul sana sini khuenzzz chuolsss...1st pic tu msh ada yeak org buat shading dkt hidung ala2 awal 2000an dulu. Retis2 dlm majalah mangga yg kerap dimekap mcmni. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa nak heran kalau dh bini org.. anytime boleh hamil.. |
|
|
|
|
|
|
|
Susah betul jadi artis ni berat badan naik je pun terus dijangka telah hamil. |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk dia melantak bubble bee buat review...
No wonder badan dia naik |
|
|
|
|
|
|
|
Baru nak ckp. sebelum buble bee dia melantak madu soeb berbekas2 berbotol2 mau xnaik kan.. pulak jenis madu tu bukan ori, byk gula je.
|
|
|
|
|
|
|
|
AshkieLa replied at 7-12-2020 04:08 PM
nyampah..
both of you laki bini... cancel
Kann..bak kata diiva aa,dislike dislike dislike |
|
|
|
|
|
|
| |
|