Kematian bintang bola sepak terkenal dunia Diego Maradona ternyata mengejutkan peminat di seluruh dunia.
Terbaharu, dilaporkan 16 ahli keluarga terdekat sedang berebut harta tinggalannya yang bernilai £37 juta (RM199 juta), lapor Daily Star.
Pada 26 November lalu, mStar melaporkan legenda bola sepak Argentina itu meninggal pada usia 60 tahun.
Kredit foto: CNN International
Dia mengalami serangan jantung di kediamannya di Tigre, Buenos Aires.
Baru-baru ini, turut dilaporkan seorang remaja membuat permohonan agar kubur Maradona digali semula.
Dakwa Santiago Lara, dia merupakan anak kepada Maradona dan permohonan itu dibuat untuk membuktikan asal usul keturunannya.
Permohonan itu dibuat menerusi peguam yang mewakilinya, kurang 24 jam selepas pemain bola itu dikebumikan.
Sumber: mStar |