Selepas beberapa kali mencuri perhatian netizen dengan pakaian dan perhiasan ketika membuat sidang media secara langsung berhubung perkembangan semasa COVID-19, kali ini kemeja putih Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula menjadi buah mulut netizen.
Ia susulan kemeja putih yang dipakainya ketika sidang media pada semalam, 9 Disember memaparkan logo jenama bermotifkan mata.
Kredit foto: Oh Bulan
Sebelum ini, lambang mata sering dikaitkan dengan Illuminati atau Freemason walaupun tidak dapat dipastikan kesahihahnnya.
Kredit Foto - The Conversation
Akan tetapi, mujurlah sebahagian besar netizen yang lebih arif mengenai fesyen tampil menyelamatkan keadaan.
Kredit foto - Google
Rupa-rupanya, baju kemeja putih berlambang matu satu itu merupakan salah satu jenama fesyen iaitu Kenzo. Ia bukanlah pakaian seragam mana-mana organisasi atau pertubuhan yang berkaitan dengan Illuminati atau Freemason.
Kredit Foto - The Vocket
Untuk kemeja yang dipakai oleh Ismail, harga bagi sehelai rekaan itu bernilai 51.67 pound (RM280.61). Boleh tahan mahal.
Kredit foto: murai.my
Maka, terjawab sudah persoalan berkenaan logo mata itu. Logo jenama antarabangsa itu sememangnya dikenali dalam dunia fesyen. Jadi, tidak perlu terkejut apabila ada yang memakainya. - CARI |