Tular video TikTok menunjukkan seorang wanita kebingungan selepas mendapati dirinya secara misteri sedang menunggang kuda di tengah-tengah hutan sebaik sedar dari mabuk.
Kredit foto: TikTok
Menurut Daily Star, gadis dikenali sebagai Liz itu mendakwa tidak mengetahui bagaimana dirinya boleh berada dalam situasi berkenaan ketika bercuti di Mexico.
Lebih memburukkan keadaan apabila orang di sekelilingnya tidak memahami bahasa Inggeris dan dia tidak boleh bercakap bahasa Bahasa Sepanyol.
Katanya, perkara terakhir diingatinya adalah minum hingga mabuk pada malam sebelumnya sebelum tersedar dan mendapati dirinya dalam situasi misteri itu.
Kredit foto: TikTok
Beberapa kali juga Liz mnjerit ketakutan dan mendakwa tidak tahu menunggang kuda.
Di video terakhir menunjukkan Liz akhirnya selamat tiba di hotelnya.
Kredit foto: TikTok
"Saya masih hidup dan selamat, saya dah kembali ke hotel saya.
"Saya tersesat tetapi kuda saya tidak sesat. Dia tahu ke mana dia harus pergi kerana dia membawa saya ke air terjun ini.
"Saya terpisah dari kumpulan saya kerana kuda ini bergerak lebih pantas daripada kuda orang lain dan saya berada jauh di depan," katanya. - CARI
apa yang nak bingungnya dah dia sendiri yang dok meneguk arak tak hengat dunia...
what to expect lagi2 sorang2 meneguk arak... lain kali nak meneguk rantai diri dalam bilik dan kunci...
Post time 12-12-2020 03:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sama juga kt malaysia minum mabuk lepas tu alasan x sedar berada dalam kereta . Tapi pandai pula elak bontot lori. Musibat betul langgar pengguna jalan raya lain