View: 8735|Reply: 47
|
“Ingatkan Awek Dia,” Aksi Remaja Ini Dengan Ibu Muda Buat Netizen Terkejut
[Copy link]
|
|
Ramai yang keliru dengan beberapa video aplikasi TikTok seorang pemuda bersama seorang wanita yang kini menjadi tular.
Malah, timbul tanda tanya mengenai kemesraan pasangan itu yang dianggap segelintir netizen bahawa wanita berkenaan adalah kekasih kepada pemuda berkenaan.
Apabila diperjelaskan status wanita itu adalah ibunya, ramai yang seakan tidak mempercayainya kerana wajahnya yang kelihatan muda seperti kekasihnya.
Pemuda berkenaan, Muhammad Haikal Danial Mohd Edie tampil menjelaskan bahawa wanita itu merupakan ibu kandungnya berusia pertengahan 30an.
Menggelarkan ibunya sebagai umi, anak muda berusia lingkungan 18 tahun itu memberitahu, penglibatan ibunya di dalam video TikTok itu pada awalnya tidak dirancang.
“Saya ada akaun TikTok dah hampir empat bulan, tapi tak pernah ada ibu pun dalam video-video sebelum ini. Minggu lalu semasa rakam video, ibu muncul di belakang secara tidak sengaja.
“Apa lagi saya pun tariklah ibu join dalam rakaman sekali. Ibu tak berminat untuk menari, tapi dia layan saja gelagat saya berTikTok,” katanya.
Lebih dikenali sebagai Joe, katanya, kemunculan pertama ibunya mencuri perhatian pengikutnya sehingga salah satu video tersebut mencecah sejuta tontonan kurang 24 jam.
“Mula-mula mereka sangka ibu saya ni aweklah, kakaklah sampai mak tiri pun ada disebabkan kami kelihatan sebaya atau ibu dilihat lebih muda.
“Follower saya kemudian request supaya ibu muncul lagi dalam video. Sejak seminggu lalu, lebih 10 video TikTok ada kemunculan ibu walaupun tak menari,” ujarnya yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan dibesarkan di Manjung, Perak.
Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, kemunculan istimewa ibunya itu juga mahu membuktikan bahawa hiburan di TikTok boleh dilakukan bersama keluarga.
“Orang lain biasanya bermesra dengan kawan, girlfriend, boyfriendlah. Tapi tak ramai yang mahu berkongsi keseronokan itu dengan mak ayah atau keluarga mereka yang lain.
“Saya bertuah kerana ibu cukup sporting. Dia layankan saja asalkan berpada-pada,” katanya yang merancang untuk menceburkan diri dalam bisnes secara kecil-kecilan.
Sementara itu, ibu Joe iaitu Musalmah Derasa berkata, kekeliruan itu bukan sahaja timbul di media sosial mengenai status hubungan mereka, malah apabila keluar bersama.
“Kat luar pun macam tu juga, ada juga yang menyangka anak saya ni adalah adik saya. Pergi mana-mana ada yang ingat kami adik-beradik,” tambahnya.
Susulan video TikTok bersama anaknya menjadi tular, Musalmah yang merupakan suri rumah itu memberitahu, jumlah pengikutnya di laman sosial meningkat secara mendadak.
“Sebelum ini, saya cuma ada kira-kira 2,000 pengikut saja. Dan selepas viral, ada lebih 20,000 pengikut dalam tempoh kurang seminggu.
“Saya menerima banyak DM (mesej secara langsung) yang bertanyakan tentang umur saya, rahsia awet muda. Malah, ada yang DM minta nak jadi menantu saya sampai ada yang tinggalkan nombor telefon,” katanya sambil menambah suaminya bertugas sebagai tentera.
Mulsamah berkata, tiada masalah untuk anaknya aktif menggunakan aplikasi itu bagi mengisi masa lapang selagi tindakannya tidak keterlaluan.
“Saya pesan kalau nak berTikTok biarlah berpada-pada, jangan ada yang melampau. Asalkan dia tahu jaga diri, saya okay,” katanya.
Rata-rata netizen terhibur dengan video tersebut dan memuji kecantikan ibunya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
walawei..gile cun mak dia. patut anak dah 18 mak mesti dah 40an kan.. ke macam mana |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau mak dia beranak masa umur 18 tahun ni umur 36..sebaya aku je.. zaman aku habis sekolah dulu mmg ada rakan sebaya yg tak kemana lps spm terus kawen dan beranak |
|
|
|
|
|
|
|
mak dia kawin pmr agaknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu kena kahwin awal. atleast tak masuk 40an anak dah besar. dapat merasa anak kerja dan kahwin.timang cucu dan mungkin juga merasa cucu pulak kahwin. ini dah dekat hujung 30an pun masih ramai tak kahwin...macam2 alasan |
|
|
|
|
|
|
|
Memang cantik mak dia. Anak pulak yg muka matang. Umur baru 18. Ingatkan dah 20 lebih {:smile |
|
|
|
|
|
|
|
Why i feel soo ewww? Ke i punya fikiran ni kotor? |
|
|
|
|
|
|
|
Seram pulak tgk sbb rapat sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Geli lah aku....seyes.zmn now mcm2 boleh jdi |
|
|
|
|
|
|
|
Comelnya mak dia...tapi aku x suka rambut anak tu berkaler2...dan terkinja2 menari....
Lain mak lain cara |
|
|
|
|
|
|
|
Anak muka mak..
Ni baru namanya cantik. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik betul mak dia..
Anak muka bapak dia agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Comey mak dia.. teenage preganancy giteww.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kawin muda kot.. time aku sekolah dulu anak acik jual aiskrim malaysia tu 16 dah kawin masa tu aku form 3.. kitorang cam.. boleh ker.. boleh ker... tak tau kan... |
|
|
|
|
|
|
|
tetiba rasa nak buat video tik tok dengan adik ni.. @Kurex & @dudaberhias tolong rakamkan k! |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar kiss yg besar tu nampak la kulit x flawless mcm dlm tiktok..
|
|
|
|
|
|
|
|
Themilo replied at 14-12-2020 07:46 AM
tetiba rasa nak buat video tik tok dengan adik ni.. @Kurex & @dudaberhias tolong rakamkan k!
Seriuslah uols taste dekat budak ni... |
|
|
|
|
|
|
|
“Orang lain biasanya bermesra dengan kawan, girlfriend, boyfriendlah. Tapi tak ramai yang mahu berkongsi keseronokan itu dengan mak ayah atau keluarga mereka yang lain.
Takat mak ko jadi tunggul kt blkg.. Tu bkn kongsi keseronokan..tp itu namanya mak ko jadi PROP demi nk dpt rmi followers |
|
|
|
|
|
|
|
kawen muda la tu... anak sedara suami sis kawen muda... umo 38 anak sulung dah 19, anak no 17, anak no 3 16... sis je la yang anak meremut remut lagi kekecik |
|
|
|
|
|
|
|
ni la untung kawen muda anak dah besar2.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|