View: 16759|Reply: 206
|
Stadium Ffira Mikah Diarah Tukar Nama
[Copy link]
|
|
Kerajaan negeri sudah mengarahkan nama Stadium Mini Ffira Mikah di Padang Terap ditukar kepada nama lain bagi meleraikan kontroversi yang mengaitkan nama stadium itu dengan nama Pegawai Daerah Padang Terap, Hakim Ariff Md Noor.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata pihaknya tidak dimaklumkan mengenai pertukaran nama stadium berkenaan sehingga mencetuskan kontroversi semalam.
"Apabila saya dapat tahu, saya sendiri hairan dengan nama itu, kita tidak dimaklumkan mengenai cadangan nama terbabit sebelum ini kerana ia di bawah bidang kuasa Majlis Daerah Padang Terap (MDPT).
"Sepatutnya kita tidak perlu letak nama sebegitu kerana ia mengundang pelbagai persepsi masyarakat, bagaimanapun saya anggap perkara ini selesai kerana difahamkan nama stadium itu akan ditukar selepas ini," katanya ketika dihubungi BH hari ini.
Foto: Harian Metro
Dr Mohd Hayati berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan sudah dinasihat memilih nama tokoh sejarah di daerah itu atau nama individu yang pernah berjasa yang dianggap sesuai bagi menggantikan nama Ffira Mikah.
Semalam, tular di media sosial apabila orang ramai mempertikai nama stadium mini di Padang Terap itu yang didakwa menggunakan secara terbalik nama Hakim Ariff.
Stadium Mini Ffira Mikah di Kuala Nerang itu dimiliki MDPT dan dirasmikan Hakim Ariff selaku Pegawai Daerah pada 7 Disember lalu selepas dinaik taraf.
Difahamkan, kerja menurunkan papan tanda nama Stadium Mini Ffira Mikah sudah dilakukan hari ini, dan namanya dijangka ditukar kembali kepada Stadium Mini Kuala Nerang.
Sementara itu, Hakim Ariff dalam satu kenyataan yang dilaporkan media, menyangkal dakwaan yang tular bahawa beliau menamakan Stadium Mini Ffira Mikah di Kuala Nerang itu sempena dengan namanya yang diterbalikkan.
Dakwanya, nama baharu stadium berkenaan tiada kaitan dengan namanya dan hanya secara kebetulan menyamai nama beliau sekiranya diterbalikkan.
"Tiada kena mengena dengan nama saya. Nama stadium mini ini mempunyai maksud tersirat. Nama itu dipilih dan dicadangkan dalam mesyuarat pentadbiran.
"Dalam bahasa Sepanyol atau Greek, 'Ffira' bermaksud sesuatu yang hebat, manakala 'Mikah' dalam bahasa Arab sempena nama malaikat," katanya.
Hakim Ariff yang juga Yang Dipertua Majlis Daerah Padang Terap berkata, selepas dilakukan penambahbaikan dan penjenamaan semula stadium berkenaan, pihaknya mahu menyuntik semangat baharu dengan pemilihan nama unik bagi menarik perhatian ramai.
"Saya bukan nak kejar glamor. Hasrat saya mahu Padang Terap nampak lebih bersih, cantik dan ceria. Saya tak mahu daerah ini kekal macam dahulu, mereka tak tahu cerita sebenar dan buat andaian begitu," katanya.
Hakim Ariff berkata, beliau yang memohon peruntukan daripada kerajaan negeri sebanyak RM200,000 untuk kerja-kerja menaik taraf stadium berkenaan yang sebelum ini amat daif. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sudah terang lagi bersuluh |
|
|
|
|
|
|
|
DO PADANG TERAP rupanya....jadi dia ni sebenarnya KCS la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus
lepas ni tolong la
jangan buat ejek hodob |
|
|
|
|
|
|
|
yeehaaaa tukar nama
byk cantik ko..lain laa ko yg bwk kluar duit sendiri
buat stadium sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Susah2 terbalikkan nama dan spin bahasa greek dan sepanyol padahal takde pun perkataan ffira tu. Alang2 dah nak buat kerja mcm ni, apa kata letak saja Hakim Ariff dan kata in Arabic Hakim means ruler and Ariff means knowledgeable. Lagi jelas. |
|
|
|
|
|
|
|
sprm masuk.. sprm masuk |
|
|
|
|
|
|
|
inim muidats ffira mikah
ni baru betul |
|
|
|
|
|
|
|
harap kena buang terus la malaun ni...memalukan dan memperbodohkan orang..ingat orang kola nerang bodo sgt ka? |
|
|
|
|
|
|
|
FFIRA merujuk Dewan Bahasa & Pustaka Bulgaria adalah bermaksud PEMBAZIRAN |
|
|
|
|
|
|
|
ChildrenOfBodom replied at 14-12-2020 11:14 AM
harap kena buang terus la malaun ni...memalukan dan memperbodohkan orang..ingat orang kola nerang bo ...
kita suruh org kuala nerang santau kan dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Nama stadium pelik sangat. Nama sendiri rupanya. |
|
|
|
|
|
|
|
eh eh..duit ko ke yang diguna utk hapgred stadium tu??
kalo duit ko, bleh la nk letak nama ko, nama nenek ko bini ko anak ko skandal ko
ni pakai duit cukai rakyat
pastu letak nama ko??? butoh pak hang! |
|
|
|
|
|
|
|
Mmcm nnama ID ffacebook bbudak2 bbaru ttumbuh bbulu..
-Utar Ainud
|
|
|
|
|
|
|
|
pecat je nate tu, ingat orang lain bodoh mcm dia ke |
|
|
|
|
|
|
|
signage stadium tu kena naik yang baru pulak dek kerana haprakkk ni ..suruh dia tanggung kos tu
|
|
|
|
|
|
|
|
lg nk cover line..
lg Nampak bodoh bebal kt situ..
dah la aku tengok muke..mmg mase skolah dlu slalu kene buli..
kan baik mengaku je..
ni menjawab pulak.... bahasa greek parsi abah kau |
|
|
|
|
|
|
|
Nama asalnya Stadium Mini Kuala Nerang kan dah sedap bunyinya. Orang ramai pun dah terbiasa dengan nama tu buat apalah sibuk nak tukar ke nama lain yang boleh timbulkan kekeliruan, |
|
|
|
|
|
|
| |
|