CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2283|Reply: 13

Banyak Masa Di Rumah Sebab PKP, Doktor Bimbang Mungkin Anak Terjebak ‘Khalwat Ma

[Copy link]
Post time 14-12-2020 12:44 PM | Show all posts |Read mode
Sejak semua sekolah ditutup ekoran kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang penularan virus Covid-19, anak-anak menghabiskan hampir sepenuh masa di rumah.


Sebahagian masa mereka diperuntukkan untuk mengikuti proses pembelajaran secara dalam talian (online) dan melakukan tugasan yang diberikan.


Ada ibu yang bersama-sama mengikuti atau memantau rapat aktiviti pembelajaran anak-anak, namun boleh dikatakan majoritinya mempunyai kekangan berbuat demikian kerana terpaksa keluar bekerja di pejabat atau lapangan.


Keadaan ini sebenarnya secara tidak langsung mendorong anak-anak kepada aktiviti yang tidak sepatutnya, apatah lagi mereka mempunyai kemudahan untuk mendapatkan akses Internet.


Sebagaimana perkongsian seorang doktor ini di Twitter, beliau menyuarakan betapa bahayanya ibu bapa yang tidak memantau aktiviti anak-anak di rumah kerana tanpa sedar, golongan ini cenderung untuk terjerumus dalam trend yang dikenali sebagai 'khalwat maya' ketika ini.


"Yes, sekarang makin ramai remaja dan murid sekolah rendah terjebak khalwat alam maya ni. Paling takut, khalwat alam maya membawa mereka macam suami isteri.


"Bayangkan, PKPB tak sekolah, di rumah je. Mak ayah terpaksa kerja. Dia usia 11 hingga 16 tahun, ada mak ayah dah yakin untuk mereka tinggal sendiri di rumah.


"Makanan dah disiapkan. Handphone dibelikan yang murah tapi boleh video call, di rumah ada wifi maka handphone tak perlu kredit (pra-bayar), WhatsApps pun dah ada video call, maka video call di on sepanjang masa," tulis Dr Ana Yasmin Azmi di laman berkenaan.


Gambar Hiasan




Tambahnya, anak-anak menggunakan kecanggihan teknologi dan semua kemudahan yang ada di sekeliling mereka untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya walaupun masing-masing berada di lokasi yang berbeza.


"Walau di rumah berbeza tapi keduanya nampak jelas apa seorang lagi buat di hujung sana. Tidur ke, tukar baju ke, mandi ke... Allah!!! Nauzbillah, mual saya fikirkan," luahnya bimbang.


Ujarnya lagi, mungkin sesetengah pihak tidak merasakan perkara ini sebagai isu biasa namun tegas doktor ini lagi, kesan daripada perbuatan tersebut meninggalkan impak yang besar terhadap kehidupan seseorang.


"Macam katak dalam periuk la. Kalau katak jatuh dalam air panas pasti dia lompat keluar. Tapi kalau dalam air sejuk yang perlahan-lahan dipanaskan, katak tu tak rasa... sedar-sedar dah termati.


"Macam tu la dosa khalwat maya ni. Kesan dosa yang dianggap tidak berdosa, ia akan menghancurkan iman secara perlahan-lahan, sedikit demi sedikit, dan akhirnya menjahanamkannya terus tanpa sedar," luahnya bimbang.


Perkongsiannya itu turut menarik perhatian ramai netizen dengan rata-ratanya bersetuju bahawa ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam hal ehwal membabitkan perkembangan anak-anak.


"Ibu bapa sentiasa main peranan penting dalam mendidik anak-anak dari kecil sampai ke tua pun. Biarpun telah remaja, tanggungjawab ibu bapa berterusan dengan terus menegur dan mengingatkan. Walaupun dan berkahwin, berkeluarga, tak salah ibu bapa terus menegur perilaku anak-anak," tulis seorang netizen.


"Memang tidak mudah untuk menegur dan menghalang. Apa lagi anak yang baru meningkat remaja. InsyaAllah didikan dari kecil dikembangkan secara berperingkat yang akan menjadikan anak-anak boleh berfikir dan memilih perkara yang wajar untuk mereka," komen seorang netizen lain.


Sehingga kini perkongsian Dr Ana Yasmin meraih lebih 4,800 retweet. -CARI


Sumber:mStar Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2020 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MentariSenja at 14-12-2020 12:56 PM

Sedih I bila baca benda camni. Pity those kids. Sebab tu ibu bapa digalakkan merancang...bab anak2 ni, kena fokus lebih pada kualiti bukan kuantiti sajer. Bagi makan memang senang (now pun many parents bagi makan fast food and junk), tapi nak didik tu payah. Now predators kat luar tu ambik kesempatan groom budak2 ni online. Lebih selamat sebenarnya biar mereka tengok tv dari hp unless u can control. Sama2 lah kita pantau walau bukan anak sendiri pun....#kitajagakita
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn ank je.. Mak pak pon dua kali lima dok bkhalwat dgn skandalssss hihi
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 01:13 PM | Show all posts
Sebab tu hidup kena balance bila tak balance dan berubah dari sepatutnya pasti akan ada masaalah lain timbul
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak bapak sibuk ngumpat andartu xdpt jodoh.. anak terbiar..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam forum pun ada sampai gambar atas katil . Tapi yang kasihan wanita je salah. Laki aman2.  Pengajaran nya jgn bercinta dgn suami org
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2020 04:14 PM | Show all posts
zaman teknologi ni lagi susah nak jaga anak depan mata 24 jam..both aku n somi bekerja n mil tlg jagakan ank ktorang..ni thun dpan bakal jaga baby lak lagi la rasa cuak sgat2..aku rasa nak anak 2-3 org je tp somi aku lak nk anak ramey cam belah dia i.e 8 org..but then skali lagi zaman skang bukan cm dlu anak2 membesar dpan mata..la ni anak2 membesar dpan gajet
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 04:15 PM | Show all posts
Sebelum adanya pkp ni pun dah ada perkara tak elok ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2020 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
apa yg doktor ni merepek? ada statistics? ke reka2 cerita buruk dlm kepala nak menakut2kan parents.



Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 07:51 PM | Show all posts
rogayahtop replied at 14-12-2020 07:08 PM
apa yg doktor ni merepek? ada statistics? ke reka2 cerita buruk dlm kepala nak menakut2kan parents.  ...

apa yg kamu tak nampak tak semestinya tak ada.. sesungguhnya ianya ada. cuma kamu tidak mengetahui
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
X kisah ank jadi org ke tak.. janji beranak.. janji org x ngumpat mandul.. janji org x cop andartu..

Jamiah Hamid
Tamlin, Negeri Sembilah
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Radzor replied at 14-12-2020 07:51 PM
apa yg kamu tak nampak tak semestinya tak ada.. sesungguhnya ianya ada. cuma kamu tidak mengetahui ...

nok ni bukan bekas penulis mastika kena vss tulis artikel kat forum. doktor ada etika bukan sesuka hati boleh reka situasi takda fakta takda kajian tup2 petik khalwat maya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 08:25 PM | Show all posts
belum ada sapa sapa buat statistik lagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2020 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasang parent app

Boleh kontrol time, report certain text alerts n explicit images

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.089641 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list