View: 5487|Reply: 46
|
Suami Isteri Ditahan Jual Pakaian Berjenama Tiruan Online
[Copy link]
|
|
Pasangan suami isteri yang didapati mengaut keuntungan dengan menjual pakaian berjenama tiruan secara dalam talian kini berputih mata selepas perniagaan mereka diserbu Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Cawangan Muar, semalam.
Ketuanya, Rizq Fazliana Abd Hamid berkata, dalam serbuan pukul 2 petang itu, pihaknya merampas 5,085 unit pakaian pelbagai jenama disyaki tiruan dengan menggunakan cap dagangan berdaftar yang dipakaikan secara salah.
Kredit foto: Utusan
“Serbuan dilakukan berikutan aduan daripada wakil pemilik cap dagang serta risikan selama seminggu ke atas aktiviti penjualan pakaian itu yang dilakukan secara dalam talian. Stor yang terletak di Bandar Tangkak itu dipercayai dijadikan pusat pengumpulan, pembungkusan dan pengedaran.
“Modus operandi mereka adalah mengiklankan pakaian itu menerusi siaran langsung di Facebook (FB Live) sebelum dijual kepada pembeli. Pembeli perlu membuat pesanan semasa siaran langsung di Facebook,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Cawangan Muar, di sini hari ini.
Menurut Rizq Fazliana, pakaian berjenama terkenal itu dijual pada harga sekitar RM10 dengan minimum dua helai pembelian dan penghantaran percuma bagi 10 helai pembelian.
“Hasil maklumat mendapati perniagaan ini baru dijalankan sejak awal tahun ini sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Kami menahan lelaki warga tempatan berusia 40-an dan isterinya warga Vietnam berusia 30-an untuk diambil keterangan. Kesemua rampasan bernilai RM61,000,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 yang mana sabit kesalahan boleh dikenakan denda yang mana jika individu itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar itu.
“Sekiranya orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, dia boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
“Kesemua pakaian dijual adalah jenis baju tidur, pakaian kanak-kanak dan jersi. Kita masih menyiasat penglibatan individu lain dalam perniagaan ini bagi mengenal pasti status perniagaan sama ada dijalankan secara berkelompok atau persendirian,” katanya.
Sumber: UTUSAN ONLINE |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kita beli sebab murah bukan kisah sangat ori ke tiruan. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh je kan jual xpkai logo adidas ke apa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jual je la baju kosong tak berlogo... atopon reka logo sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
abibas pon ok pe... |
|
|
|
|
|
|
|
sayangnye lah modal besar jual brg fake ni. kdg2 seller ni bukan tau pun dia ingat boleh je jual logo2 brand besar2 ni.
yg lagi bahaya kat shopee tu skincare. Jangan la beli the ordinary, kiehl's kat shopee, banyak sgt seller jual yg fake. the ordinary yg original pun baru dalam rm50 ke 100 je.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku pun hanya akan beli barang takde logo atau memang brand dia sendiri (contoh : brand cap ayam)... bagi aku, tak mampu pakai branded stuff, aku takkan beli imitation punya... lagipun, apa perasaan kalau kita cipta sesuatu, pastu orang tiru n jual cenggitu aje...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kawan fb iolss pun ada yg jual barang fake. Iolss lak yg serba salah jadinya.
|
|
|
|
|
|
|
|
rogayahtop: sayangnye lah modal besar jual brg fake ni. kdg2 seller ni bukan tau pun dia ingat boleh je jual logo2 brand besar2 ni. yg lagi bahaya kat shopee tu ...
Tgk foundation pun harga tak masuk akal..terlampau la murah..takut nak beli tepek2 kat muka ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebb tu jgn gelak klu org pkai baju tulis abibas
Sbb xleh tru yg ori |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm bimbo je pasukan ni atau ambik tindakan pilih bulu. Dah tentu pusat borong baju tido ni berpusat di GM dan Kenanga. Dan dijual besar2an dan terang2an dgn stock kuantiti beratus ribu kali ganda dr suami isteri ni. Tp aman2 jah berniaga. Sedangkan suami isteri ni pun start berniaga time PKP yg mungkin kene buang keje ke apa n berniaga kecil2 secara tertutup. Sedangkan di kenanga n GM siap melibatkan import export lagi yg stock kebanyakan nya dr china n bangla aman2 jah. |
|
|
|
|
|
|
|
aHoi83: Mcm bimbo je pasukan ni atau ambik tindakan pilih bulu. Dah tentu pusat borong baju tido ni berpusat di GM dan Kenanga. Dan dijual besar2an dan terang ...
Sunggoh.. yg ni depa ni acah2 ligan.. hat bapak juai fake kt GM , KWC tu xmau nk p angkut.. sah2 nmpk.. |
|
|
|
|
|
|
|
aHoi83 replied at 15-12-2020 06:17 PM
Mcm bimbo je pasukan ni atau ambik tindakan pilih bulu. Dah tentu pusat borong baju tido ni berpusat ...
Setuju sangat
patut pergi lah serbu tauke kat kenanga dan gm tu berlambak lambak
oh lupa tauke sana besar besar kan
mana berani nk serbu
ikan bilis je lah kena
|
|
|
|
|
|
|
|
kechikchomel replied at 15-12-2020 09:31 AM
Kawan fb iolss pun ada yg jual barang fake. Iolss lak yg serba salah jadinya.
Baik u cepat cepat sign out account.
Pastu delete. Pastu selubung bawah katil |
|
|
|
|
|
|
|
GUCCI dan Chanel tu yg tak tahan tuu |
|
|
|
|
|
|
|
Tak malu ke kalau pakai barang yg sgt obvious fake nya itu... |
|
|
|
|
|
|
|
kechikchomel replied at 15-12-2020 09:31 AM
Kawan fb iolss pun ada yg jual barang fake. Iolss lak yg serba salah jadinya.
Schoolmate iols ada jual sembonia fake. Can you imagine? Sembonia pun ada permintaan untuk fake. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke berlambak ke kat pasar malam, chow kit, jln petaling and times square. Kan berleluasa benda ni. Please KPNKK fair la ckit.... Pastikan sume kne. Lgpn iols sakit hati gak penjual ni... Kkdg mhl sgt and claim yg kualiti die gred AAA..ko ghase? |
|
|
|
|
|
|
|
dkt padang besar tu, ada ke kena raid? |
|
|
|
|
|
|
| |
|