Filem arahan Dato Zulkeflie M Osman ini adalah filem bercorak Aksi dan Sains selaras dengan usaha kerajaan memupuk budaya Sains, Teknologi dan Innovasi (STI) dalam kalangan masyarakat. Menurut Dato Zul, objektif utama filem ini adalah bertujuan mewujudkan kesedaran dalam diri penonton berkenaan perubahan yang berlaku pada alam ini dan menggalakkan para penonton berfikir apakah punca dan sebab berlakunya segala bencana di dunia ini. Sejajar dengan tujuan tersebut, seorang ejen rahsia persekutuan, Don Pedro yang dibintangi oleh Ebi Kornelis (AF5) memikul tanggungjawab bagi menjalankan misi mencari dan menghapuskan dalang di sebalik berlakunya ancaman dan keselamatan negara mahupun dunia!