View: 2690|Reply: 13
|
Disisih Keluarga Sampai Kakak Nak Ludah Anak Kalau Enggan Tukar Nama
[Copy link]
|
|
Seorang bakal ibu berkemungkinan tidak dapat berkumpul bersama keluarganya sempena Hari Krismas selepas dia enggan menurut permintaan mereka agar menukar nama bayinya.
Bakal ibu berusia 27 tahun itu dan pasangannya sedang menantikan kehadiran cahaya mata perempuan yang dijangka dilahirkan pada Januari depan, lapor Mirror.
Gambar hiasan
Mereka merancang untuk menamakan bayi itu dengan nama Romelia, namun ia mendapat tentangan keluarga.
Meluahkan perkara itu di laman Reddit, dia berkata: "Kami memberi nama Romelia, yang merupakan gabungan dua nama dalam keluarga kami, Romana dan Camelia.
"Camelia adalah nenek kepada ibu saya, yang meninggal dunia dua tahun lalu manakala Romana pula sempena nama sepupu pasangan saya, seorang yang kuat meskipun menderita kanser," ujarnya.
Wanita itu berkata, kakaknya orang yang membantah keras cadangan nama 'Romelia' itu dan berpendapat mereka perlu memilih nama yang lebih moden.
Tetapi, adik perempuan itu telah membantah dan mengatakan bahawa gadis kecil itu memerlukan nama yang lebih moden.
"Ketika saya memberitahunya bahawa saya tidak akan menukar nama tersebut, dia mengamuk dan enggan mengaku saya adiknya... dan tuduh saya tak hormat keluarga bila guna nama seseorang dari keluarga pasangan saya. Dia juga mahu ludah jika berjumpa dengan anak saya kelak.
"Saya cuba mengelak daripada kakak sepanjang kehamilan ini termasuk mengabaikan semua panggilan telefonnya. Ibu bapa mendakwa saya menyebabkan kakak tertekan dan mereka mahu menyisihkan saya ketika Krismas untuk elakkan lebih 'drama'," katanya.
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
apsal pulak kakak dia yg over tertekannya
yg mengandung tu adik dia...yg nak bagi nama anak pon sbb tu anak dia sendiri
hoverrrrr kakaknya pon |
|
|
|
|
|
|
|
drama picisan pun nak masuk forum |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti pasal kes lain sama ni bukan sekadar pasal pemilihan nama je. Mungkin ada dendam lama yang masih tak terungkai. Tambah si adik nak dapat anak pasti semua perhatian lebih ke adik berbanding dia kini. |
|
|
|
|
|
|
|
berita level gini pun boleh si @CARI-MAL ni korek?
dah dia tak blh balik krismas, so?
Mirror tu mmg lah UK-based, tapi kalu teringin sangat nak merasa jadi wartawan kaki-search-copy-paste, edit lah sikit letak location segala bagai.
yihh sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan kat Malaysia ni je suka letak nama moden panjang2 ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Tetiber tingat kat nama renesme |
|
|
|
|
|
|
|
Eh kalau ko nk nama ikut sedap ko, beranak lah sendiri< nasihat kepada kakak yg nk ludah anak sedara itu. Bdway, mmg jenis kakaknya org kena ikut kehendak kot, sampai mak bapak pun nk pulau adik demi dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi satu kisah rumah tangga kokusen yang tak bermanfaat dibuka oleh wartawan cari utk cukupkan kpi sebelum habis hujung tahun yah! |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kakak tu marah nama Romelia...
tukar la nama tu kepada Ailemor...
kan nama tu ada bunyi greek + arob....
HAR |
|
|
|
|
|
|
|
dui bukan anak kakak dia pun.hahaha beria2 siap bg amaran nak ludah anak adik tu..dah tak kene layan kecoh pl kat family..pelik btl nak paksa2 pl... |
|
|
|
|
|
|
| |
|