View: 4423|Reply: 31
|
TV3 Tak Rancang Terbit Semula Program Realiti Agama Da’i
[Copy link]
|
|
Stesen penyiaran TV3 memang tidak bercadang menerbitkan semula program realiti berunsur keagamaan Da'i Pendakwah Nusantara dalam masa terdekat.
Menurut TV3, program berkenaan sudah tidak menerbitkan sebarang bentuk program baru yang berkaitan selepas ia melabuhkan tirainya tiga tahun lalu.
Kredit foto: Si Media
“Tiada perancangan untuk menerbitkan Dai Pendakwah Nusantara dalam masa terdekat selepas musim terakhir program tersebut berakhir pada tahun 2017,” katanya kepada Malaysiakini.
Baru-baru ini, program berkenaan menjadi perhatian ramai selepas seorang bekas pesertanya dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan merogol, mencabul dan melakukan hubungan seks luar tabii.
Sebelum itu, sekurang-kurang sembilan laporan jenayah serangan seksual dibuat kepada polis membabitkan Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful itu. Bagaimanapun, setakat ini, dua daripada laporan tersebut tiada tindakan lanjut atau NFA.
Syed Shah Iqmal atau lebih dikenali sebagai Dai Syed yang berkelulusan bidang pengajian Islam dan bahasa Arab di Ma'ahad Buuth Islamiyyah, di Kaherah Mesir menduduki tempat keempat pada musim keempat program itu berlangsung pada 2016.
Setakat ini, dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mencabul dan melakukan seks luar tabii.
Syed Shah Iqmal, 25, juga berdepan dengan pertuduhan merogol di Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Bagi ketiga-tiga pertuduhan, pendakwah, penyanyi dan pelakon itu dibenarkan ikat jamin sebanyak RM35,000 berserta syarat tambahan tidak menganggu mangsa.
Bagaimapun, Syed Shah Iqmal terpaksa bermalam di pusat tahanan reman sementara di Beranang, Selangor selama tiga hari mulai 10 Dis lalu apabila wang ikat jamin tidak sempat dijelaskan sebelum pejabat ditutup.
Kelmarin, Malaysiakini melaporkan walaupun bayaran ikat jamin sudah dijelaskan, Syed Shah Iqmal masih perlu bermalam sehari lagi di lokap sebelum dibebaskan bagi menjalani ujian saringan Covid-19
Awal Disember lalu, media melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad berkata, kerajaan akan mempertimbangkan untuk mewujudkan garis panduan bagi penganjuran program realiti agama pada masa depan.
Sumber: MalaysiaKini |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah lah..yang keluar semua nya pun sampah |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah lah, Dai, PU dan segala macam yang sejenis, semuanya sampah. hanya 20% sahaja yang betul2 kualiti, yang lain....sendiri mau ingat. |
|
|
|
|
|
|
|
Majoriti yg masuk lebih kepada nak glamour je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak perlu diteruskan tak banyak baik berbanding buruknya |
|
|
|
|
|
|
|
Stok2 sampah setakat nih:
- ustaz kambing kawen janda
- ustaz abu lahab pelahap
- ustaz yg tinggalkan bini bila da jumpa janda
- ustaz shit penonggeng wanita
|
|
|
|
|
|
|
|
Semua Da'i ke suruga, kecuali Da'i di Msia |
|
|
|
|
|
|
|
espri6006 replied at 16-12-2020 10:27 AM
tak payah lah, Dai, PU dan segala macam yang sejenis, semuanya sampah. hanya 20% sahaja yang betul2 ...
Dari dulu aku cakap pentingkan KUALITI over kuantiti dlm.hal ehwal agama. Tapi aku dicop kapir nyamar melayu, liberal, Dapig, koliang rentung, dll. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus lah tak terbitkan lagi. Budak2 ni ambil peluang masuk rancangan ni pun sebagai batu loncatan je pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 16-12-2020 01:34 PM
bagus, ini contoh yg baik how kekeliruan dalam ilmu Islam dan dianggap mereka melakukan amal.
bagus sangat ni - yes, kalau ketua rancangan ke apa apa yg memegang section syiar islam , saya harap mereka terlebih dahulu mencedok pengetahuan agama usuludin ketamadunan, kelimuan Islam daripada pendidik yg diikitraf di universisti awam di malaysia at least Masters dan ada ikhtisas mempelajari fikrah islam , ketamadunan, konsep ilmu dalam islam
u see why?
when you are lacking the core pillars upholding the core virtues, islamic worldviews pun ke mana maka anda mudah terikut ikut budaya pop culture , dalam perancangan dan unsur kapitalisme semua ni, anda keliru akan letak duduk tataletak sesuatu benda dalam sistem , the adab...some scholars would define this as such.
jadi rancangan bersifat begini elokkkkk sangat dihentikan sebab
ILMUWAN ulamak dulu tokoh pemikir Islam - depa bukan macam ni
they don't go for this.
jadi depa elak jadi sumber fitnah / fitan pada agama sendiri.
sekarang ni apa jadi , kan?
so sebba tu apa punpembuat dasar - kena i think pi mendalamai asas pengajian agama islam - especially worldview of Islam ...adapun banykk majlis ilmu
cuma anda sedar atau nak pejamkan mata atau tidak.
gantikan rancangan bersifat begini dengan forum pemikiran lagi baik.
|
|
|
|
|
|
|
|
takyahla.semua produk sampah. yg daie nye cerai berai rogol rogol. yg pu nye pulak bebird terbang tergedik2 tak jaga muamalat dgn niqabis |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lattehazelnut at 16-12-2020 12:13 PM
Patut buat background check la..
Company cikai pun boleh search media social sume..
Xpun by invitation only.. yg mmg sedia ada penceramah ke apa..
Program tak salah tp cara pemilihan yg salah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Main sauk je sumer org, jadi la camni |
|
|
|
|
|
|
|
pyropura replied at 16-12-2020 11:34 AM
Dari dulu aku cakap pentingkan KUALITI over kuantiti dlm.hal ehwal agama. Tapi aku dicop kapir nya ...
kalau u bace comment2 dlm youtube utk kes dai syed ni mmg menyakitkan hati, penyokongnye ramai, mcm maksum sgt perfect sesuci embun, malah mangse rogol yg dipersalahkan..typical malay minded, yg isarb shah tu boleh pulak kutuk berjemaah xde pun penyokong2nye, maybe isarb shah xpandai bckp arab atau tazkirah sket2 mcm dai.. |
|
|
|
|
|
|
|
buatla program tunjuk totey di internet. hambik anak2 ikan muka boleh groom, ajar teknik bawak balik anak gadis ke rumah. tak payah susah2 buat program agama kalau hasilnya sampah sarap kaki pompuan kaki tunjuk totey.
penunggang agama jugak stesen tv jahanam kat malaysia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Pu ke dai ke imam muda ke apa ke semua vaganza vokal jadah semua stop je lah
|
|
|
|
|
|
|
|
Setuju.. Generasi Z yang baru habis minggu lepas perlu diteruskan untuk musim-musim akan datang..
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul.. Harapnya Gegar Vaganza patut hentikan sekali.. Generasi Z pula perlu diteruskan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Rancangan menyalak2 pun sama..xpayah tayang lagi..asal hujung minggu je rancangan melalak xsudah2..bahlol |
|
|
|
|
|
|
| |
|