Penyanyi rap, Tuju mengakui dirinya pernah berasa kecewa apabila ada yang menganggap perjalanan kerjaya muziknya seperti tiada masa depan.
Bagaimanapun, Tuju yang juga merupakan anggota kumpulan K-Clique itu mendedahkan kata-kata tersebut tidak pernah melunturkan keazamannya sebaliknya menjadi pembakar semangat untuk dia terus mencipta nama di dalam industri seni tanah air.
“Muzik Tiada Masa Depan” tak boleh jadi kerjaya. Aku down, bila dengar perkataan ini keluar dari mulut orang, kepada yang di luar sana, yang melihat ini teruskan mengejar cita cita kamu ! Tiada yang tidak boleh. Lebihkan usaha doa kita peroleh,” tulisnya.
Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Tuju berharap agar kisahnya itu dapat menjadi ikutan dan teladan buat sesiapa sahaja yang ingin berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.
Foto: IG
“Apa yang aku boleh buat, aku spark semua orang champ di landasan hidup mereka sendiri, jatuh sakit macam mana pun, kita boleh.
“Tiada masalah di dunia ni yang tidak boleh di selesaikan, kecuali? Mati – GNELLO K-CLIQUE @siddekjasni kata semangat dari sahabatku,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis meluahkan rasa bangga selain mendoakan semoga Tuju akan terus sukses pada masa depan.
Dalam perkembangan lain, Tuju ketika muncul dalam program MeleTOP pada 24 November lalu mengumumkan isterinya, Loca B sudah pun selamat melahirkan bayi mereka dan kini sedang menjalani tempoh berpantang. -CARI
Post time 16-12-2020 12:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
mamajawie: tu la tadi skodeng kat ig deyollss..eh takut la plak baby premature ni..aku rsau sgat2 biar la aku preggy kali ni baby sihat2 je n cukup matang
Post time 16-12-2020 12:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mmg pun dik...xsemua retis tu kaya hingga ke napas terakhir. Time ade job ade lah tu pun kalau nama masih relevan. Ssh bnda2 popularity ni nk stay porever. Tokti pun dok buat bijnes utk hari tua lah kekdahnya. Jadi beringat2 lah...dan menabung lah utk hari tua nnt.
Post time 16-12-2020 01:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dah produk ko pon sendu nak ada masa depan apooo? tahu kau wujud ni pon sebab kes pukul belasah orang jahh so celah ffika mirah nya kerjaya karier muzik bagai? karier rempit belasah bergaduh jah yang ko ado?